
16 NGO dari Asia dan Pasifik termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) baru-baru ini menandatangani petisyen kepada Kerajaan Persekutuan Australia supaya mengharamkan eksport amalgam pergigian pada 1 April 2025. (https://www.dropbox.com/…/16-civil-society-petitioners…)
Pertubuhan masyarakat sivil di Bangladesh, Fiji, India, Indonesia, Jordan, Malaysia, Mexico, Filipina, Sri Lanka, Amerika Syarikat, Vietnam dan Yaman, terkejut dengan sebuah syarikat Australia, agenda Southern Dental Industries (SDI) untuk menjual amalgam kepada “pasaran sosio-ekonomi yang lebih rendah”, dan yang bertentangan dengan Konvensyen Minamata mengenai Merkuri, berusaha untuk “memaksimumkan” jualan amalgam. SDI ialah pengeksport utama tampalan merkuri.
Amalgam pergigian, iaitu 50% merkuri, meracuni ikan yang dimakan oleh kanak-kanak, menyebabkan kerosakan otak kepada sesetengah orang, menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat (AS). Amalgam pergigian di tempat kerja merupakan merkuri sebagai logam berat yang paling berwap juga turut menyebabkan kemudaratan reproduktif kepada pekerja pergigian.
Kesatuan Eropah (EU) telah mengharamkan kedua-dua penggunaan dan eksport amalgam pergigian, 50% merkuri dan ia diharamkan bagi kanak-kanak di seluruh dunia di bawah perjanjian merkuri, berisiko bagi semua pengguna, merosakkan alam sekitar, dan tidak diperlukan dalam pergigian moden.
Bite magazine, majalah terkemuka Australia bagi profesional pergigian, mengetengahkan petisyen pada 14 Januari 2025. Baca artikelnya di bawah.
https://www.bitemagazine.com.au/asian-and-pacific…/

