HADKAN PENGAMBILAN KUAH BANJIR

Kuah yang berlemak/berminyak/manis akan menyebabkan pertambahan kalori yang tidak diperlukan. Oleh itu, pengambilan kuah berlemak/berminyak secara berlebihan (sehingga banjir) secara kerap boleh mengakibatkan kenaikan berat badan dan seterusnya meningkatkan risiko obesiti.

Jadi, hadkan pengambilan kuah banjir yang berlemak/berminyak dan tukar kepada kuah yang ditumis atau sup sebagai alternatif yang lebih sihat.

Sumber: Nutritionist KKM