Pelajar SK Bukit Gelugor Menerajui Penjimatan Tenaga

Pada 23 April 2025, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengadakan program penjimatan tenaga yang membuka mata ke Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, dengan mencecah hampir 300 pelajar. Inisiatif ini bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab yang kukuh terhadap penjimatan tenaga dalam kalangan generasi muda.

Semasa sesi itu, Pegawai penyelidik CAP, Ung Jun Min berkongsi satu siri panduan penjimatan tenaga yang praktik dan mudah diikuti yang sesuai bagi persekitaran rumah dan sekolah. Beliau menekankan kepentingan tindakan seharian. Beliau menekankan bahawa beberapa langkah kecil boleh membawa kepada penjimatan yang ketara dalam kos elektrik.

Sebagai sebahagian daripada program itu, pelajar terpilih telah dilantik sebagai Pengawas Tenaga, yang ditugaskan untuk mengesan penggunaan elektrik di dalam bilik darjah mereka. Pemimpin muda bagi kelestarian ini mengikrarkan komitmen mereka untuk menjimatkan tenaga dan mengurangkan pembaziran dalam satu majlis khas yang disaksikan oleh guru dan rakan sebaya.

Pelatih CAP, Thanam Parthiban pula mengendalikan segmen mengenai bagaimana cara untuk memahami bil elektrik. Beliau membimbing pelajar melalui cara membaca dan mentafsir butiran di dalam bil yang biasa diterima. Apabila salah seorang pelajar yang ingin tahu bertanya mengenai akibat tidak membayar bil elektrik, beliau menjelaskan bahawa ia boleh menyebabkan gangguan kuasa sementara. Selepas ceramah itu, Thanam dan Ung turut  menyoal pelajar mengenai apa yang mereka pelajari dan berpuas hati dengan jawapan yang tepat dengan suasana yang penuh dengan keceriaan.

CAP melihat inisiatif ini sebagai langkah yang amat berharga ke arah membina kesedaran dan tanggungjawab alam sekitar dalam kalangan pelajar. Program ini meninggalkan kesan yang berkekalan, membuktikan bahawa walaupun usaha kecil oleh individu, terutamanya golongan muda boleh memberi kesan yang bermakna kepada masa depan planet kita

#EnergySavings #Energyefficiency #Saveelectricity #Climatechange #ClimateAction #SustainableFuture #Sustainability #Energymonitor