Dulu masa kecil, kita selalu nampak mak keluar ke tepi rumah… tangan capai saja serai, pandan atau daun kari.
Tak perlu ke pasar, tak perlu beli. Semua segar ada di halaman sendiri.
Rumah kampung dulu penuh dengan bau pandan yang harum, kesum segar untuk asam pedas, dan kangkung yang tumbuh subur tepi pagar.
Hari ini, banyak rumah dah tak ada lagi tanaman itu. Sedangkan, tanah kita masih sama suburnya.
Serai, pandan, kesum, halia, daun kari, pudina, kangkung, bayam semua ini mudah hidup di Malaysia.
Kalau kita mula tanam semula hari ini, bukan saja dapat rasa sihat dan jimat tapi melihat pokok menghijau juga buat hati terasa tenang.
Sumber: Public Health Malaysia


