Tanaman Ubah Suai Genetik dalam Sistem Makanan Malaysia

Kelulusan bagi import tanaman ubah suai genetik (GM) ke Malaysia untuk makanan dan makanan ternakan telah meningkat dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kebanyakan tanaman ini adalah tahan racun rumpai dan/atau varieti tahan serangga, ia menimbulkan kebimbangan kesihatan terhadap pendedahan kepada sisa racun rumpai dan toksin racun serangga melalui pengambilaan makanan.

Risiko keselamatan makanan semakin bertambah lagi dengan pembiakan varieti “berlapis” dengan pelbagai ciri daya tahan dan rintangan, dan oleh tanaman yang dibangunkan menggunakan teknologi RNA interference  (RNAi) yang mungkin menimbulkan kesan ketidakpastian, serta tidak disengajakan.

Memandangkan isu biokeselamatan yang serius ini, laporan oleh TWN, CAP, SAM dan Forum Kedaulatan Makanan Malaysia ini menggesa penilaian risiko yang lebih komprehensif dan pengawalseliaan yang lebih ketat terhadap pengawasan tanaman ubah suai genetik untuk melindungi pengguna Malaysia. Sehingga satu langkah berjaga-jaga dilaksanakan, tanaman ubah suai genetik untuk makanan, makanan ternakan dan pemprosesan tidak sepatutnya diluluskan di Malaysia.

Boleh diperolehi dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina. Muat turun laporan di sini:
https://twn.my/title2/books/Genetically_Modified_Crops_Malaysia.htm