Kain Lap Meja Dan Risiko Pencemaran Silang

Perasan tak kain buruk yang digunakan di kedai? Mula-mula guna kain tu lap sisa kuah tumpah kat meja. Lepas tu dia guna kain yang sama lap pinggan basah. Lepas tu dia lap sudu garfu. Last sekali, dia buat lap tangan dia sendiri!

Nampak macam remeh kan? Tapi, perbuatan pengotor inilah punca utama kenapa anda selalu rasa “tak sedap perut” atau cirit-birit lepas makan di luar. Secara saintifiknya, ini dipanggil PENCEMARAN SILANG (Cross-Contamination).

Kain buruk yang sentiasa lembap, berbau masam, dan jarang dicuci bersih adalah ‘Mansion 5 Bintang’ untuk bakteria bahaya seperti E. coli (kuman dari najis) dan Salmonella.

Meja memang nampak licin dan berkilat lepas dilap. Tapi hakikatnya, waiter tu cuma sedang ‘mengecat’ dan meratakan kuman dari satu permukaan ke permukaan yang lain. Bila kuman ini melekat pada pinggan atau sudu anda, ia terus masuk ke dalam perut.

Bagi orang dewasa yang sihat, mungkin setakat cirit-birit biasa. TAPI bagi golongan rentan seperti:

  • Kanak-kanak kecil
  • Ibu mengandung
  • Warga emas

… mereka boleh terkena Keracunan Makanan teruk yang boleh meragut nyawa!

Pesanan tegas untuk pengusaha kedai makan, kebersihan BUKAN sekadar meja nampak bersih.

  • WAJIB asingkan kain ikut kegunaan. (Kain meja lain, kain dapur lain.)
  • Rendam kain lap dengan air panas dan peluntur untuk bunuh kuman.

Kepada pengguna pula, jangan takut untuk perhati. Kadang-kadang tanda kebersihan sesebuah tempat bukan pada hiasan kedai, tapi pada kain lap yang mereka guna setiap hari.

Sumber: Public Health Malaysia