BERHATI-HATI DENGAN PENIPUAN AI

Penipuan AI kini menjadi lebih realistik. Penjenayah kini menggunakan Kepintaran Buatan (AI) untuk meniru suara bos, ahli keluarga atau rakan rapat untuk memperdaya mangsa agar membuat pemindahan wang segera. Janganterperangkap.

Modus operandi biasa:

  • Pengklonan suara AI – suara disalin untuk meminta wang atau PIN
  • Panggilan kecemasan palsu – dakwaan kemalangan atau masalah mendesak
  • Menuntut bayaran segera – tekanan untuk menghalang mangsa daripada berfikir
  • Audio/video palsu – suara dan wajah direka untuk kelihatan seperti orang sebenar

Perkara yang patut anda lakukan:

  • Meningkatkan kesedaran dan berhati-hati.
  • Sahkan identiti: jangan percaya suara sahaja.
  • Jangan kongsi maklumat peribadi: jangan sekali-kali mendedahkan butiran perbankan kepada sesiapa melalui telefon.
  • Luangkan masa untuk menyemak: jangan tergesa-gesa membuat pembayaran.

Amalkan pendekatan 3S untuk mengelak daripada ditipu:

1. Spot – Tanya soalan untuk mengesahkan identiti pemanggil. Jika mereka meminta maklumat sensitif (contoh: nombor akaun, PIN atau OTP), itu berkemungkinan satu penipuan.

2. Stop/Berhenti – Jangan kongsi maklumat peribadi. Jika panggilan terasa mencurigakan, segera tutup.

3. Share/Kongsi – Sebarkan kesedaran dengan berkongsi maklumat ini dengan keluarga dan rakan-rakan. Marilah kitamembantu antara satu sama lain untuk mengenali taktik penipuan.

Jika anda menjadi mangsa:

  • Hubungi talian hotline bank anda untuk cuba menghentikan transaksi yang mencurigakan.
  • Laporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan(NSRC) di 997.
  • Buat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Ingat: Jika bunyinya luar biasa atau mendesak: Spot, Stop, Share. Lindungi diri dan keluarga anda daripada penjenayah siber.

Sumber: Amaran Scam