1 dalam 3 rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas menghidap tekanan darah tinggi

 

Tekanan darah tinggi boleh membawa kepada serangan jantung, strok, diabetes, kegagalan buah pinggang dan penyakit lain.

Gula mungkin menjadi punca terbesar seperti juga garam dalam menaikkan tekanan darah. Diet moden biasa, penuh dengan garam dan gula, paling teruk daripada semua, kata Dr Harry G Pruess dari Sekolah Perubatan Universiti Georgetown di Amerika Syarikat.

Dalam kajian ke atas haiwan, beliau mendapati garam dan gula bersama meningkatkan tekanan darah lebih daripada sekadar bersendirian. Gula didapati mengganggu metabolisme insulin, hormon yang membantu untuk mengawal tekanan darah (dan gula darah).

Pengambilan gula yang banyak mendorong pengekalan garam dan gula, yang seterusnya menaikkan tekanan darah.

Gula menyumbang kepada beribu kematian jantung setiap tahun – Prof. Peter Kuo, Ketua Kardiologi, Sekolah Perubatan Rutgers, Amerika Syarikat.

Daripada Panduan CAP: “Gula Memudaratkan Kesihatan”