Penunggang Basikal Kurang Terdedah berbanding Pemandu Kereta

Mengikut satu kajian, penunggang basikal paling kurang terdedah kepada pencemaran udara setiap hari apabila memasuki pusat bandar yang sesak. Mereka yang berada di dalam kereta dan bas lebih lama berada dalam udara toksik, begitu juga dengan pejalan kaki kecuali mereka melencong dan mengelak jalan raya utama.

Kajian yang dijalankan di Leeds, England itu menyokong  pelaburan untuk membina laluan basikal bagi mengurangkan pencemaran udara dengan memendekkan perjalanan kenderaan dan mempertingkatkan kesihatan penduduknya. Ia juga mendapati paras pencemaran udara di dalam kereta lebih tinggi, sejajar dengan amaran terkini bahawa kereta adalah “kotak pengumpul gas toksik.”

https://www.theguardian.com/…/cyclists-exposed-to-less?fbclid=IwAR0KpvOMVyzX15tOp9R8lDq41K8U4pdex8G2vgySXAqqwiG1vi89sKOIWYU