Kelahiran secara CAESAREAN merupakan pembedahan pada perut yang berpotensi membahayakan ibu dan bayi. Apa yang membimbangkan ialah kadar pembedahan caesarean semakin meningkat di seluruh dunia; banyak pembedahan caesarean dilakukan secara tidak perlu. Ia juga dilakukan bukan atas alasan perubatan tetapi sebaliknya untuk meningkatkan pendapatan doktor dan memudahkan mereka.
>> Dianggarkan lebih separuh daripada pembedahan caesarean yang dilakukan adalah TIDAK PERLU.
>> Wanita yang menjalani pembedahan caesarean berisiko mengalami darah beku yang membawa maut, jangkitan, dan komplikasi ubat bius – 3 komplikasi biasa pembedahan utama.
>> Pembedahan caesarean mendedahkan RISIKO KEPADA IBU:
10 -20 kali lebih tinggi mendapat jangkitan selepas pembedahan
5 – 7 kali lebih tinggi risiko mati selepas bersalin
6.28 kali lebih tinggi mengalami kemurungan
>> RISIKO KEPADA BAYI:
1 – 2 bayi bagi setiap 100 akan luka ketika pembedahan
5 kali lebih cenderung untuk dimasukkan ke unit penjagaan rapi atau pertengahan
4 kali lebih cenderung menghidap tekanan darah tinggi pulmonari berterusan
Maklumat Lanjut: Risiko Bersalin Cara Caesarean