Garam Berlebihan dalam Roti

Roti menjadi menyumbang utama natrium (sodium) dalam makanan di Amerika dan beberapa negara lain di seluruh dunia. Ini berdasarkan analisis terbaharu dari World Action on Salt and Health, beribu pejabat di Queen Mary University, London.

Penyelidik menganalisis kandungan garam dalam 2,000 roti yang dijual di 32 negara dan wilayah. Lebih sepertiga roti tersebut didapati melebihi sasaran garam maksimum bagi roti yang ditetapkan oleh kerajaan UK.

Di AS, pengambilan natrium bagi 9 dalam 10 kanak-kanak dan orang dewasa didapati melebihi had harian yang dibenarkan.

Di UK pula,  kerajaan mengkelaskan roti keluaran industri sebagai makanan yang tinggi kandungan garamnya. Ini disebabkan terlalu banyak garam ditambah sebagai pengawet dan penambah perasa dalam roti.

Sejumlah besar garam diperlukan agar ia bertindak menambah perasa, iaitu mengenakkan roti yang biasanya terasa tawar.

Di AS, sekeping roti yang dibungkus secara komersial biasanya mengandungi antara 100-300 mg natrium.

Di Malaysia, cuma dua keping roti yang didakwa baik untuk kesihatan mengandungi 177 mg natrium.

Natrium merupakan salah satu mineral yang penting dalam mengawal imbangan cecair dalam tubuh. Air ditarik masuk dan keluar dari sel-sel tubuh untuk mengimbangi kandungan natrium dalam darah kita.

Namun kebanyakan orang mengambil garam secukupnya setiap hari, yang membekalkan lebih 10 kali ganda kandungan natrium daripada yang diperlukan.

Terlalu banyak natrium boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan menekan jantung. Mengambil tiga kali ganda paras natrium melebihi saranan AS bagi pengambilan harian 2,400 mg boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, serangan jantung dan strok, meskipun bagi mereka yang bukan alah kepada natrium.

MAKLUMAT LANJUT: Apa Ada Dalam Roti