No products in the cart.

Bulan: Disember 2015

Isu Projek Tambak Laut Di Permatang Damar Laut: CAP MENYANGKAL DAKWAAN ADUN BATU MAUNG

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung Dato’ Abdul Malik Abul Kassim bahawa projek tambak laut yang bakal dilaksanakan di Permatang Damar Laut disambut baik oleh komuniti nelayan pantai di kawasan tersebut. Mengulas kenyataan ADUN tersebut, yang dilaporkan media, CAP ingin menjelaskan bahawa komuniti nelayan yang kami temui telah...
Baca Lagi

SAM BERANG CUBAAN MEMBUNUH POKOK DI WANGSA MAJU

Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan hukuman berat ke atas pihak yang cuba membunuh 17 batang pokok di sebuah taman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini. SAM kesal dengan kejadian yang berlaku itu dan berharap siasatan segera dilakukan oleh pihak berkenaan bagi mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. Dalam kejadian...
Baca Lagi

SAM & CAP BANTAH HUTAN SIMPAN GUNUNG INAS DIMUSNAHKAN

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah menyiasat dan menghentikan projek perladangan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Inas dekat Kulim di sini kerana ia boleh mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan pada masa akan datang. Dalam tinjauan yang dibuat kami mendapati projek yang melibatkan kawasan hutan seluas lebih 30,000 hektar...
Baca Lagi

Selamatkan Remaja Daripada Kemusnahan Hidup Akibat Ketagihan Haramkan Sepenuhnya E-Rokok, Vape dan Shisha

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut oleh keputusan kabinet untuk mengawal e-rokok dan vape sebagai ganti mengharamkan sepenuhnya. CAP sekali lagi mengulangi gesaan agar kabinet mengenakan pengharaman sepenuhnya ke atas e-rokok dan vape jika mereka prihatin mengenai masa depan dan kesejahteraan golongan belia di negara ini. Perbezaan pandangan menteri kabinet dalam perkara ini...
Baca Lagi

Banjir Kilat di Pulau Pinang: Langkah Pencegahan dan Penebatan Perlu Ditingkatkan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak berkuasa untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan penebatan selepas menyiasat punca sebenar berlakunya banjir kilat di beberapa buah kawasan di sekitar Pulau Pinang terutama di Teluk Kumbar, Permatang Damar Laut, Batu Maung dan Bayan Lepas. Berikutan hujan lebat yang berlaku pada 29 November 2015 bermula sekitar...
Baca Lagi