No products in the cart.

Bulan: Jun 2016

Lagi korban jalan raya menjelang Hari Raya?

Kita sekarang sedang berada di ambang keghairahan untuk balik kampung bagi menyambut Hari Raya tidak kira apa jua halangan yang ada. Bagi ramai orang, ia merupakan saat terbaik untuk bertemu sanak saudara dan menyambung silaturrahim sempena kedatangan Aidil Fitri. Namun kegembiraan itu boleh bertukar menjadi dukacita dan kesedihan  bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga yang terbabit dalam...
Baca Lagi

KEADAAN FLAT DI MALAYSIA UMPAMA PENEMPATAN SETINGGAN

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyuarakan kebimbangan kami berhubung keadaan kehidupan di flat kos rendah dan sederhana yang boleh dikatakan amat buruk dan daif. Inilah hakikat yang boleh kami kemukakan selepas kami melakukan tinjauan di beberapa buah flat kos rendah dan sederhana di sekitar kawasan pulau dan Seberang Perai. Pelbagai laporan sudah dikemukakan mengenai keadaan...
Baca Lagi

Berikan Farmasi Hak Mereka Untuk Memberikan Ubat

Industri penjagaan kesihatan disokong oleh beberapa disiplin atau peraturan dengan setiap satunya mempunyai kurikulum latihan, standard dan penerangan pekerjaan sendiri seperti bidang kejururawatan, fisioterapi, dietetik, farmasi atau perubatan. Setiap disiplin menyokong antara satu sama lain dan integrasi pelbagai disiplin itulah yang membawa kepada sokongan penjagaan kesihatan optimum bagi...
Baca Lagi

Haramkan segera penjualan racun herba berasaskan glyphosate – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengulangi gesaannya kepada pihak berkuasa supaya mengharamkan segera penjualan racun herba berasaskan glyphosate kerana ia didapati berbahaya kepada manusia dan hidupan liar selain mencemarkan alam sekitar. Baru-baru ini seorang lelaki dari Brooklyn, Amerika, menuntut pampasan bernilai $5 juta dalam satu saman terhadap Pepsico, iaitu syarikat pengeluar...
Baca Lagi

GEJALA BULI DI MALAYSIA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati kes-kes buli di kalangan pelajar sekolah amat membimbangkan. Fenomena membuli telah sampai ke satu tahap di mana ia kini boleh dianggap sebagai suatu gejala sosial. Jika kita tidak mencari jalan keluar untuk menangani masalah ini dengan segera, dikhuatiri anak-anak kita akan menjadi masyarakat yang ganas. Namun begitu, sama seperti masalah-masalah...
Baca Lagi

Masalah Hakisan Tebing Di Lebuh Raya Lingkaran Butterworth (LLB)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) memandang serius mengenai hakisan pantai yang berlaku di Lingkaran Lebuh Raya Butterworth (LLB) yang dilihat semakin kritikal. Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pihak Lingkaran Lebuh Raya Butterworth (Penang) Sdn. Bhd. (LLB) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  serta agensi-agensi yang berkaitan perlu segera menyiasat perkara ini kerana hakisan tersebut semakin...
Baca Lagi

HENTIKAN KENAIKAN HARGA SAYURAN DENGAN SEWENANG-WENANG

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) mengambil langkah segera untuk menurunkan harga sayuran yang meningkat 350% pada bulan Ramadan ini. Berikut adalah senarai perbandingan harga. No. Sayuran Harga Lama (RM) Harga Baharu (RM) Peratus Kenaikan 1. Daun Sup 4.00 18.00 350% 2....
Baca Lagi

Pengguna “Terpedaya” Oleh Tempahan Tiket Penerbangan Dalam Talian

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pengangkutan agar menangani segera masalah yang sering timbul sewaktu atau selepas tempahan tiket penerbangan dalam talian yang sering dihadapi oleh pengguna. Salah satu perkara biasa yang sering dihadapi oleh mereka yang tidak berhati-hati atau tidak begitu celik komputer mengenai tempahan tiket secara dalam talian adalah prapemilihan...
Baca Lagi

PENCEROBOHAN DAN PENEROKAAN HARAM  RIZAB TASIK BUKIT MERAH, DAERAH KERIAN, PERAK

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan wakil-wakil beberapa pertubuhan alam sekitar termasuk CAP, KUASA, PEKA dan GRASS menggesa pihak berkuasa yang berkenaan supaya bersungguh-sungguh mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menceroboh dan meneroka haram Rizab Tasik Bukit Merah di Daerah Kerian, Perak. SAM mendapati sebahagian Rizab Tasik Bukit Merah sudah diceroboh dan diteroka haram dengan...
Baca Lagi

Perdagangan Hidupan Liar Malaysia Menghalang Usaha Pemuliharaan

Malaysia dikenal pasti oleh TRAFFIC (rangkaian pemantauan perdagangan hidupan liar) sebagai negara transit popular yang digunakan oleh rangkaian penjenayah untuk perdagangan haram hidupan liar yang amat lumayan. Tema Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini yang disambut pada 5 Jun ialah Menentang Perdagangan Haram Hidupan Liar. Maka adalah sesuai bagi Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengulangi gesaan...
Baca Lagi