No products in the cart.

Bulan: Januari 2019

Hutan Bakau di Tanah Kerajaan di Batu Maung Dijadikan Tempat Pembuangan Sisa

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terperanjat apabila mendapati hutan paya bakau di tanah kerajaan di tengah-tengah Pekan Baru Batu Maung dan bersebelahan Taman Perindustrian Bayan Lepas diancam dengan lambakan sisa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ekoran daripada pembuangan sisa ini, sungai payau yang mengalir melalui hutan bakau di sini adalah tercemar dengan larut resapan dari...
Baca Lagi

TAHUN BAHARU CINA YANG SIHAT DAN MENGGEMBIRAKAN

Kegembiraan menyambut Tahun Baharu mula dirasai dengan keluarga kaum Cina sibuk merancang hidangan terpenting untuk tahun ini – Makan Malam Keluarga – di mana semua saudara mara pulang ke kampung halaman masing-masing untuk makan malam bersama.  Musim bunga bakal tiba dan perayaan untuk menyambut kedatangannnya dalam 15 hari berikutnya menjadi lambang kejayaan menempuh musim sejuk yang...
Baca Lagi

KEHIDUPAN LEBIH 2,000 NELAYAN PANTAI PULAU PINANG TERJEJAS : SAM

Masalah Pencerobohan Bot Pukat Tunda Dan Aktiviti Bot Pukat Kenka Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk mempergiatkan operasi membanteras pencerobohan bot pukat tunda dan aktiviti bot kenka di kawasan tangkapan nelayan pantai di Pulau Pinang. Gesaan ini dibuat berikutan aduan oleh nelayan-nelayan pantai negeri tersebut...
Baca Lagi

Penganut Hindu Digesa Pecah Sedikit Kelapa Ketika Thaipusam

Penganut Hindu yang akan menyambut Thaipusam pada 20 Januari digesa untuk memecahkan sedikit kelapa. Wang yang digunakan untuk memecahkan kelapa boleh disalurkan untuk memenuhi pelbagai keperluan sebahagian daripada komuniti India yang masih hidup di bawah paras kemiskinan. Memecah kelapa ketika sambutan Thaipusam merupakan upacara pembersihan yang diamalkan oleh penganut Hindu. Ia merupakan...
Baca Lagi

SAM Sokong Langkah Kerajaan Persekutuan Saman Kerajaan Kelantan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan saman sivil yang pertama kali dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan Kelantan. SAM memuji kesungguhan dan keikhlasan kerajaan dalam mengiktiraf, menghormati dan menegakkan hak Orang Asli di negara ini seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan. Sejak sekian lama komuniti penduduk asal, komuniti di negara ini yang paling terpinggir...
Baca Lagi

Longkang di Batu Maung dicemari sisa buangan – SAM

Sisa buangan yang terdapat di dalam longkang di Batu Maung, Pulau Pinang. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP),Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyiasat serta mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sisa buangan di dalam longkang dekat Batu Maung di sini. Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati keadaan...
Baca Lagi

Harimau Semakin Terancam

Harimau kita semakin terancam! Kewujudannya semakin lenyap. Ahli ekologi dan kumpulan pemuliharaan harimau terus memberikan amaran mengenai harimau, malah tiada sesuatu dilakukan untuk menangani kepupusan haiwan ini. Penyebab kepupusan harimau amat jelas. Pelakunya adalah musuh yang sama – pemburu dan perosak habitat harimau – mereka yang sama yang membunuh banyak spesies lain. Pemburuan...
Baca Lagi

Kempen CAP: Katakan TIDAK Kepada Pembaziran Makanan Ketika Thaipusam

Rakyat Malaysia sukakan makanan dan tidak terdapat kekurangan restoran atau kedai makan yang menghidangkan makanan untuk menjamu selera. Tetapi malangnya kita juga banyak membazirkan makanan. Pada hakikatnya, angka daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal (SWCorp) menunjukkan rakyat Malaysia menjana 16,687.5 tan sisa makanan setiap hari. Jumlah ini bukanlah satu jumlah yang kecil kerana ia...
Baca Lagi

KAWAL IMPORT KELAPA

Dengan perayaan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina semakin hampir, penanam dan penjual kelapa berhadapan dengan situasi mencabar untuk menjual kelapa tempatan yang berharga antara RM1.20 dan RM1.50 berbanding kelapa dari Indonesia yang berharga antara RM0.80 dan RM1.00. Alasannya ialah kelapa yang diimport dari Indonesia berharga hanya RM550 setan atau kira-kira RM0.55 sebiji. Sekali lagi kita boleh...
Baca Lagi