No products in the cart.

Bulan: Julai 2019

Jelaskan Sebab Keadaan Jerebu yang Serius di Pulau Pinang

Sejak beberapa hari lalu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendapati masalah jerebu yang serius berlaku lagi di Pulau Pinang dengan jarak padangan yang amat buruk. Kami tertanya-tanya kenapa jerebu berlaku dan SAM ingin mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai keadaan kualiti udara di Pulau Pinang. Dengan kadar suhu yang amat tinggi sejak beberapa minggu di kawasan ini...
Baca Lagi

NGO Persoalkan Asas Kelulusan EIA Untuk Projek Tebus Guna Selatan Pulau Pinang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) kecewa apabila mendapati Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek Tebus Guna Selatan Pulau Pinang (PSR) telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Kami difahamkan bahawa 72 syarat dikenakan oleh JAS untuk kelulusan. Kami menggesa Kerajaan Negeri mendedahkan kepada orang ramai syarat ini tanpa sebarang penangguhan....
Baca Lagi

Tarik Balik Tawaran Kementerian Kewangan kepada Gamuda dan Konsesi Lebuh Raya Lain

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kabinet supaya tidak meluluskan RM6.2 bilion yang dibuat oleh Kementerian Kewangan kepada Gamuda dan konsesi lebuh raya lain untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol, dan melantik jawatankuasa pakar untuk mencari penyelesaian yang akan membawa manfaat sebenar kepada pengguna dan tidak membebankan kerajaan dengan lebih banyak hutang. Dalam satu...
Baca Lagi

Aktiviti Ternak Udang Jejas Sistem Saliran Di Kuala Sg Pinang : CAP

.... Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perikanan menyiasat masalah saliran cetek akibat sisa buangan kolam ternakan udang di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau,Pulau Pinang ketika ini. Masalah yang berlaku sejak lebih 10 tahun yang lalu itu dibimbangi boleh mencemarkan alam sekitar,kawasan perikanan dan berlaku banjir kilat di kawasan...
Baca Lagi

NGO Sokong Gesaan Penutupan Sementara Kilang Kimia Di Pasir Gudang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyuarakan sokongan kami terhadap gesaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB. Hassan Karim, bagi penutupan sementara kilang yang disyaki bertanggungjawab terhadap serentetan kesihatan yang buruk dalam kalangan pelajar dan guru di kawasan itu, termasuklah kanak-kanak di tadika. Di bawah Peraturan 24 Peraturan Udara...
Baca Lagi