No products in the cart.

Bulan: Oktober 2019

Betul kata kami…memang jualan murah!

Sewaktu pembentangan Bajet 2020 baru-baru ini, Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan akan menurunkan  nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600,000 selama setahun. Ini bagi membolehkan pemilikan asing hartabenda berkenaan demi mengurangkan harta-harta yang masih belum terjual yang kini mencecah RM8.3 bilion dalam suku kedua tahun 2019....
Baca Lagi

Pengharaman Krim Muka yang Berbahaya Tidak Berkesan – CAP

Sudah berulangkali kita mendengar pihak berkuasa mengharamkan krim muka kerana ia diketahui mengandungi bahan-bahan yang berbahaya, misalnya merkuri. Namun pengharaman itu seolah-olah tidak berkesan memandangkan krim muka yang mengandungi merkuri masih beredar di pasaran. Dalam satu tinjauan rawak yang dijalankan sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, kami mendapati krim pemutih, termasuk yang...
Baca Lagi

Jangan bebankan rakyat dengan kenaikan kadar cukai

Dua Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MBPP dan MBSP, telah menaikkan cukai taksiran bagi sejumlah 322,549 dan 327,401 hartanah di bahagian Pulau dan Seberang Perai. Alasan yang diberikan terhadap langkah ini ialah pihak majlis bandaraya tidak pernah menyemaknya sejak 15 tahun lepas dan mereka juga mengalami defisit tahunan sejak 2016. Dilaporkan bahawa sehingga April 2019 terdapat 54,792 pembayar...
Baca Lagi

ATASI SEGERA MASALAH BENIH PADI PESAWAH DI PERLIS – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah benih padi yang dihadapi oleh 600 pesawah di kawasan Utan Aji, Perlis ketika ini. Sepatutnya petani terbabit memulakan tanaman padi mereka pada minggu ini namun bekalan benih padi bagi tujuan tersebut sehingga kini masih tidak kelihatan di gudang pembekal....
Baca Lagi

Hentikan Pembunuhan Gajah di Sabah

Sabah sekali lagi menjadi tajuk berita utama dan sekali lagi mengenai kematian gajah pigmi. Apa yang mengejutkan Sahabat Alam Malaysia (SAM) ialah cara gajah itu yang ditembak dengan kejam. Bukan hanya ditembak beberapa kali, gadingnya juga turut dipotong. Kejadian pembunuhan gajah yang berterusan ini menggambarkan betapa lemahnya sistem penyampaian kerajaan; ia sering berlaku dan ini sudah cukup...
Baca Lagi

Penderitaan Yang Tidak Terhingga

4 Oktober adalah Hari Haiwan Sedunia dan ini adalah masanya untuk memberi perhatian kepada penderitaan haiwan. Banyak haiwan mengalami kesakitan dan penderitaan apabila didera, terabai atau dilayan dengan kejam oleh manusia. Ia boleh menyebabkan bahaya atau penderitaan untuk tujuan khusus seperti pembunuhan haiwan untuk makanan, bagi mendapatkan bulunya, gading atau bahagian tubuh serta kekejaman...
Baca Lagi

Haramkan e-rokok dan alat vape

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengenakan pengharaman sepenuhnya ke atas e-rokok dan peralatan menghisap vape (EVC). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat melaporkan bahawa 805 penyakit paru-paru berkaitan menghisap vape di mana terdapat 12 kematian dilaporkan di seluruh Amerika Syarikat. Pada masa ini terdapat lebih 40 negara telah mengharamkan...
Baca Lagi

OPERASI KUARI HARAM DI TELUK BAHANG MENUNJUKKAN KECUAIAN PIHAK KERAJAAN

Sahabat Alam Malaysia (SAM) terkejut membaca laporan akhbar bahawa terdapat suatu kuari granite yang beroperasi secara haram yang sedang menjalankan aktiviti harian walaupun pihak berkuasa tahu akan kewujudan operasinya sejak 2016. Menurut laporan akhbar The Star hari ini, kerajaan negeri telah mengetahui akan kuari haram ini semenjak pendedahan mengenainya pada Mei 2016. Selanjutnya, dilaporkan...
Baca Lagi

Beri Tumpuan ke Kawasan dengan Internet Jalur Lebar yang Kurang Memuaskan – CAP

Pihak berkuasa baru-baru ini memberikan publisiti yang keterlaluan mengenai cubaan melancarkan 5G pada Oktober ini, sedangkan sebahagian besar pengguna masih bergelut dengan kelajuan yang perlahan dan masalah sambungan yang tidak menentu. Justeru, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agar menangani masalah yang wujud di kawasan-kawasan yang menghadapi masalah Internet...
Baca Lagi