No products in the cart.

Day: Disember 10, 2019

Mempertahankan Wilayah, Mempertahankan Hidup Kita

Hari ini, pada Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa, Sahabat Alam Asia Pasifik (FoE Asia Pacific) melancarkan penerbitan terbaharu, Defending Territories, Defending Our Lives – satu peringatan yang serius bahawa setiap hari di mana sahaja di atas muka bumi ini, pembela hak asasi manusia alam sekitar (EHRD) diancam, difitnah, diserang atau dibunuh kerana mempertahankan wilayah mereka. Penerbitan...
Baca Lagi

Hentikan Pemusnahan Kawasan Hutan Seluas Di Lereng Bukit Banjaran Kledang

Satu lagi kawasan hutan di lereng bukit Banjaran Kledang iaitu bekas sebahagian Hutan Simpan Kledang Saiong (HS Kledang Saiong) seluas 500.2 hektar berhampiran Chemor dalam Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta telah mula dimusnah dan dieksploitasi sejak 1 November lalu. Berdasarkan pemerhatian di lapangan pada 6 Disember, seluas kira-kira 20 hektar kawasan hutan telah dibalak secara tebang habis...
Baca Lagi

Bukan Sekadar Membunuh Tikus

Seorang pembaca Facebook telah menyuarakan kebimbangannya kepada Sahabat Alam Malaysia (SAM) berhubung penggunaan racun tikus secara berleluasa dalam parit di sekitar kawasan Little India di Georgetown, Pulau Pinang. Perkara ini sememangnya membimbangkan kerana sistem perparitan terbuka yang sedia ada menganjur terus ke laut dan selepas hujan lebat, racun itu akan dihanyutkan dan dilarutkan di...
Baca Lagi

SAM Bimbang Dengan Tindakan Meneruskan Penerokaan dan Perlombongan Galian Nadir Bumi

Walaupun jaminan diberikan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) bahawa memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Syarikat China dan Kerajaan Negeri Perak ialah hanya untuk penerokaan galian nadir bumi dan bukan untuk melombongnya, Sahabat Alam Malaysia (SAM) tetap merasa kebimbangan yang serius berhubung objektif usahasama itu. Pihak Kementerian telah mengeluarkan...
Baca Lagi

Jangan Ganggu Taman Botani Pulau Pinang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut dengan “Rancangan Kawasan Khas untuk Taman Botani Pulau Pinang” yang pada asasnya akan membawa lebih ramai pengunjung, mempunyai lebih banyak struktur buatan manusia dan mungkin akan mengenakan bayaran bagi penduduk Pulau Pinang untuk mengunjungi taman itu (klausa IV, ms5-4 yang menyatakan “...mengatur dan mengawal kemasukan orang ramai ke...
Baca Lagi