No products in the cart.

Tahun: 2019

Tidak Diragui Lagi, MAVCOM Mesti Dikekalkan

Sekali lagi terdapat desas-desus yang menyatakan agar Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dimansuhkan tetapi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasakan demi untuk menjaga kepentingan hak penumpang penerbangan maka MAVCOM mesti dikekalkan. Sejak penubuhan MAVCOM, terdapat gesaan oleh sesetengah pihak dalam industri penerbangan supaya suruhanjaya itu ditutup. Alasan yang sering diberikan...
Baca Lagi

PENIPUAN PERUMAHAN KOS RENDAH PULAU PINANG

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merujuk kepada dakwaan oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pulau Pinang YB Jagdeep Singh baru-baru ini bahawa pakej ubah suai adalah sukarela. Menjawab kepada aduan baru-baru ini, beliau membalas bahawa “jika pembeli mahu unit kosong, tanpa apa-apa, dan mahu membawa tilam dan bantal sendiri untuk masuk dan tidur di sana, maka pemaju mestilah menjual...
Baca Lagi

Keputusan Mahkamah Berhubung Projek Granito Mesti Disemak Semula

Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) menggesa Peguam Negara (AG) supaya menyemak semula dan menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di Pulau Pinang kelmarin, di mana jurutera perunding dan firma kejuruteraan yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah pada Oktober 2017 masing-masing dikenakan denda RM40,000. Menurut laporan media, jurutera perunding, Khoo Koon Tai,...
Baca Lagi

Batalkan projek kereta kabel, tingkatkan perumahan untuk golongan miskin

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya tidak membina kereta kabel yang menghubungkan Kebun Bunga ke puncak Bukit Bendera kerana ia dikhuatiri akan memberi kesan buruk ke atas alam sekitar dan kesihatan. Kebajikan penduduk dan integriti alam sekitar kita tidak seharusnya dikorbankan semata-mata untuk menarik pelancong datang ke sini. Peruntukan bagi...
Baca Lagi

CAP: “Berapa Banyak Tersembunyi? Bayaran untuk Elit dalam Entiti Berkaitan Kerajaan (GLEs)”

Terdapat keperluan segera bagi ketelusan yang lebih besar dalam pendedahan pada peringkat amalan dan bayaran bagi pengarah entiti kaitan kerajaan (GLEs), demikian penekanan dalam buku baharu yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Buku, How Much is Hidden? Pay for Elites in Government Linked Entities, membuat gesaan ini pada ketika kebimbangan orang ramai berhubung prestasi...
Baca Lagi

Betul kata kami…memang jualan murah!

Sewaktu pembentangan Bajet 2020 baru-baru ini, Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan akan menurunkan  nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600,000 selama setahun. Ini bagi membolehkan pemilikan asing hartabenda berkenaan demi mengurangkan harta-harta yang masih belum terjual yang kini mencecah RM8.3 bilion dalam suku kedua tahun 2019....
Baca Lagi

Pengharaman Krim Muka yang Berbahaya Tidak Berkesan – CAP

Sudah berulangkali kita mendengar pihak berkuasa mengharamkan krim muka kerana ia diketahui mengandungi bahan-bahan yang berbahaya, misalnya merkuri. Namun pengharaman itu seolah-olah tidak berkesan memandangkan krim muka yang mengandungi merkuri masih beredar di pasaran. Dalam satu tinjauan rawak yang dijalankan sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, kami mendapati krim pemutih, termasuk yang...
Baca Lagi

Jangan bebankan rakyat dengan kenaikan kadar cukai

Dua Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MBPP dan MBSP, telah menaikkan cukai taksiran bagi sejumlah 322,549 dan 327,401 hartanah di bahagian Pulau dan Seberang Perai. Alasan yang diberikan terhadap langkah ini ialah pihak majlis bandaraya tidak pernah menyemaknya sejak 15 tahun lepas dan mereka juga mengalami defisit tahunan sejak 2016. Dilaporkan bahawa sehingga April 2019 terdapat 54,792 pembayar...
Baca Lagi

ATASI SEGERA MASALAH BENIH PADI PESAWAH DI PERLIS – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah benih padi yang dihadapi oleh 600 pesawah di kawasan Utan Aji, Perlis ketika ini. Sepatutnya petani terbabit memulakan tanaman padi mereka pada minggu ini namun bekalan benih padi bagi tujuan tersebut sehingga kini masih tidak kelihatan di gudang pembekal....
Baca Lagi

Hentikan Pembunuhan Gajah di Sabah

Sabah sekali lagi menjadi tajuk berita utama dan sekali lagi mengenai kematian gajah pigmi. Apa yang mengejutkan Sahabat Alam Malaysia (SAM) ialah cara gajah itu yang ditembak dengan kejam. Bukan hanya ditembak beberapa kali, gadingnya juga turut dipotong. Kejadian pembunuhan gajah yang berterusan ini menggambarkan betapa lemahnya sistem penyampaian kerajaan; ia sering berlaku dan ini sudah cukup...
Baca Lagi