ADA APA DALAM KOPI PRA CAMPUR?

Kopi adalah minuman popular semua lapisan umur dan kopi pracampur menjadi pilihan ramai. Antara sebab kopi pra campur mendapat tempat di hati masyarakat adalah disebabkan harganya yang mampu milik, mudah disediakan serta masih mengekalkan rasa kopi yang manis.

Kopi pracampur adalah kopi yang terhasil dari gabungan serbuk kopi segera, gula dan krimer. Rasa kopi pracampur tidak dapat diubahsuai kerana komposisi gula dan krimer telah dicampur bersama. Oleh itu, pengambilan kopi pra campur yang berlebihan berisiko meningkatkan masalah obesity, kencing manis dan masalah jantung.

Tidak salah untuk minum kopi. Pilihan yang lebih baik adalah pengambilan kopi segera tanpa tambahan gula atau dengan penambahan satu sudu gula sahaja.

~ Perlis Nutritionis

Sumber: Nutritionist KKM