Air kosong tetap pilihan yang terbaik, namun jika anda teringin untuk minum minuman berperisa (air balang) boleh buat pilihan dengan memilih jenis memilih minuman yang lebih sihat.
Warna air yang terang memang cukup menggoda, namun ia adalah petanda minuman banyak bahan pewarna. Pewarna berlebihan boleh menyebabkan alahan dan risiko pelbagai penyakit termasuk kanser. Oleh itu, pilihlah warna minuman yang tidak terlalu terang.
Gula tambahan adalah bahan utama untuk air balang. Jika air terlalu manis, tambahkan air dan kongsikan dengan lebih ramai orang (bukan minum sendirian)
Selain itu, perhatikan tahap kebersihan penjual. Jika peniaga tidak memakai apron, merokok dan persekitaran kotor, pilihlah premis yang lain.
Informasi di kongsi, pilihan ditangan anda.
(Sumber: Public Health Malaysia)