AMBIL PELBAGAI JENIS SAYUR SETIAP HARI

Tahukah anda sayur-sayuran mempunyai pelbagai khasiat yang berbeza-beza untuk tubuh badan kita?

Pastikan anda mengambil sayuran hijau, sayuran berbuah, sayuran kekacang dan ulam-ulaman setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Sebaik-baiknya, cukupkan pengambilan sebanyak 3 sajian sayur sehari.

Lindungi diri dari penyakit, jangan lupa makan sayur!

~ Nutritionist Sabah

(Sumber: Nutritionist KKM)