APA NAK DIMAKAN JIKA KURANG ZAT BESI

Anemia adalah satu keadaan di mana bilangan sel darah merah atau kepekatan hemoglobin di dalamnya lebih rendah daripada biasa. Ia terutamanya memberi kesan kepada wanita dan kanak-kanak. Secara global, dianggarkan 40% daripada semua kanak-kanak berumur 6-59 bulan, 37% wanita hamil dan 30% wanita berumur 15-49 tahun mengalami anemia.

Dalam kes yang teruk, anemia boleh menyebabkan perkembangan kognitif dan motor yang lemah pada kanak-kanak. Ia juga boleh menyebabkan masalah kepada wanita hamil dan bayi mereka.

Apakah puncanya? Anemia boleh disebabkan oleh pemakanan yang kurang baik, jangkitan, penyakit kronik, haid yang banyak, masalah kehamilan dan sejarah keluarga. Ia sering disebabkan oleh kekurangan zat besi di dalam darah.

Bagaimana untuk mencegah dan merawat keadaan ini? Pilihlah makanan yang kaya dengan zat besi, folat, Vitamin A dan B12 (lihat gambar di bawah).

Sumber: WHO