Pendandan rambut dan pengguna terdedah kepada pelbagai bahaya kesihatan dan keselamatan di salun dandanan rambut. Selain bahaya bahan kimia dan fizikal, seseorang itu juga cenderung mengalami masalah pernafasan.
Di salun, anda terdedah kepada semburan, lakuer dan mungkin berakhir dengan masalah paru-paru. Aerosol terutamanya berbahaya kerana mengandungi titisan kecil yang boleh memasuki paru-paru dan menjejaskannya.
> Bahaya Bahan Kimia
DERMATITIS – disebabkan oleh bahan yang digunakan di salun. Kulit menjadi kering, gatal, pedih dan mungkin merekah. 2 cara yang menyebabkannya:
Dermatitis alahan
Sesetengah bahan kimia menyebabkan alahan dalam kalangan ramai orang, contohnya, paraphenylenediamine, pewarna hitam. Bahan ini diharamkan di Perancis, Jerman tetapi peraturan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) membenarkan sehingga 6% dalam pewarna rambut.
Bahan kimia pemeka lain yang perlu dielakkan termasuklah formaldehid yang ditemui dalam syampu, ammonium thioglycolate yang ditemui dalam cecair kerinting dan ammonium persulphate yang ditemui dalam bahan peluntur.
Bahan kimia dalam pewarna boleh membawa kepada alahan termasuklah PPD: p-phenylenediamine, PTD: p-tolylenediamine dan ONPPD: O-nitro-p-phenylenediamine.
> Dermatitis rengsaan
Ini merupakan bentuk dermatitis paling biasa dalam kalangan pendandan rambut. Jika pendandan rambut mengendalikan cecair kerinting, syampu dan sebagainya dengan terlalu kerap atau dalam cecair yang terlalu kuat, kulit mereka akan merekah dan kering. Apabila ini berlaku dalam tempoh yang panjang, hasilnya menjadi dermatitis.
> Masalah pernafasan
PENDANDAN RAMBUT mengalami insiden peningkatan masalah pernafasan seperti asma dan pneumonitis hipersensitiviti (tindak balas alahan yang kelihatan seperti pneumonia). Ini disebabkan oleh pewarna tertentu dan semburan rambut.
> Kanser
SESETENGAH bahan kimia yang digunakan dalam pewarna disyaki karsinogen (bahan penyebab kanser). Bagaimanapun, sesetengah pewarna menunjukkan menjadi penyebab kanser kepada haiwan. pewarna lain (pewarna seperti Direct Black 38 dan Direct Blue 6) boleh diserap oleh kulit dan dipecahkan dalam hati kepada benzidine, bahan yang diketahui penyebab kanser kepada manusia.
Untuk maklumat lanjut: Sakit Kerana Fesyen