Gula Sebagai Skrub Muka?

Mahukan kulit yang licin dan bersinar? Gunakan gula. Ia buruk bagi diet anda tetapi berkesan pada kulit. Kenapa membayar skrub yang mengandungi bahan kimia sedangkan anda boleh menggunakan gula.

Gula merupakan bahan pengelupasan semula jadi – ia menghilangkan sel kulit mati, kekotoran dan lebihan minyak. Ini menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan menjadikan kulit lebih berseri. Gula mentah kaya dengan asid glycolic, ramuan yang digunakan dalam krim kulit dan muka untuk membuang sel kulit mati, membersihkan kotoran, mekap dan pori tersumbat dengan memperlihatkan kulit licin.

Gula juga menambah kelembapan – ia merupakan humektan, bermakna ia menarik masuk kelembapan yang amat diperlukan bagi kulit yang kering dan kekal di situ.

Skrub gula boleh digunakan dua kali seminggu pada muka, bibir dan seluruh tubuh untuk merangsang dan meningkatkan peredaran darah, menjadikan kulit anda sihat berseri.

Berikut adalah 2 cara untuk membuat skrub gula di rumah:

> Untuk kulit biasa dan kering. Campurkan beberapa gula pasir (gula tebu perang lebih baik) dengan sedikit minyak zaitun (atau minyak kelapa). Campuran mestilah pekat dan berpasir, tidak cair. Gosok dengan perlahan pada muka yang dibersihkan dalam gerakan keliling selama 1 minit. Elakkan kawasan di sekitar mata. Biarkan pes itu selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air suam.

> Untuk kulit berminyak. Gantikan minyak zaitun/kelapa dengan madu dan gunakan gula pasir sebagai ganti untuk hasil yang lebih berkesan.

Perhatian: JANGAN gunakan pada kulit sensitif; atau pada kulit yang mengalami masalah ruam, kerengsaan, koyak atau luka.