No products in the cart.

Pengarang: Lai Cheng

Mengubah Semula Ruang Awam

PERPUSTAKAAN YANG MENGGALAKKAN PERKONGSIAN ILMU DAN PERALATAN Di Finland, perpustakaan mengembangkan misi mereka melangkaui buku dengan meminjamkan mesin jahit kepada orang ramai, menggalakkan orang ramai membaiki pakaian daripada membuangnya. Idea kecil tetapi berkesan ini membantu komuniti berpendapatan rendah mengekalkan barangan penting tanpa perlu membeli yang baharu. Di samping mesin jahit...
Baca Lagi

PENGAJARAN MENGENAI BELAS KASIHAN DARIPADA ALAM

Pada 2021 sekumpulan gajah liar telah menyebabkan kerosakan secara besar-besaran terhadap ladang pisang di Tamil Nadu (India), dengan memusnahkan lebih 300 batang pokok pisang dalam satu amukan. Sungguh luar biasa sekali, gajah ini meninggalkan satu pokok tanpa disentuh iaitu pokok yang mempunyai sarang burung dengan anak yang baharu menetas. Insiden itu dirakam dalam video dan dikongsi oleh...
Baca Lagi

CAP Gesa Segerakan Inkuiri Nasional Mengenai Masalah Banjir

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa agar pihak berkuasa menubuhkan satu jawatankuasa pakar, termasuk wakil masyarakat sivil, untuk mengkaji punca masalah banjir yang berterusan dan membuat cadangan untuk memperbaikinya. Menurut Laporan Khas Kesan Banjir di Malaysia 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, dianggarkan Malaysia mencatatkan jumlah kerugian berjumlah RM933.4 juta pada 2024...
Baca Lagi

MEMBELI SECARA SEDAR – Elakkan Pembungkusan Plastik, Hapuskan Pencemaran Plastik

Percutian akhir tahun dan musim perayaan semakin hampir dan ramai di antara kita akan membeli-belah untuk hadiah diri sendiri dan orang tersayang. Sebelum kita membeli, ingatlah ini: Kebanyakan produk hari ini diperbuat daripada plastik beracun dan mencemarkan. Marilah kita berbelanja dengan penuh kesedaran dan berhati-hati dan katakan tidak kepada penggunaan berlebihan pada musim ini. Gabungan...
Baca Lagi

KRISIS IKLIM = KRISIS KESIHATAN

Krisis iklim adalah krisis kesihatan dan setiap daripada kita mempunyai kuasa untuk bertindak. > Pilih pengangkutan yang bersih > Cuba diet berasaskan tumbuhan > Beli di tempat sendiri > Gesa kerajaan untuk memastikan udara bersih dan menerima pakai dasar iklim pintar > Bersuara mengenai perubahan iklim > Tuntut pembekal untuk mengurangkan pelepasan Setiap tindakan iklim adalah...
Baca Lagi

Berhati-hatilah Terhadap Penemuan Unsur Nadir Bumi Di Pulau Pinang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya berhati-hati berhubung keghairahannya terhadap penemuan unsur nadir bumi (REE) baru-baru ini yang kononnya bernilai RM87 bilion di negeri itu. Kami menasihati kerajaan untuk menilai secara menyeluruh potensi kesan terhadap alam sekitar, sosial dan ekonomi sebelum membuat sebarang...
Baca Lagi

SENAMAN BERFUNGSI LEBIH BAIK DARIPADA PIL BAGI KEMURUNGAN

Kajian penting yang diterbitkan dalam British Journal of Sports Medicine dengan meneliti 128,119 peserta merentasi 97 metaanalisis dan 1,039 ujian, dan mendapati bahawa aktiviti fizikal adalah sehingga 1.5 kali lebih berkesan daripada ubat atau kaunseling standard dalam mengurangkan gejala kemurungan dan kebimbangan. Peserta yang terlibat dalam aktiviti sederhana, seperti berjalan, berjoging,...
Baca Lagi

AWAS SCAM PANGGILAN SENYAP

Anda terima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Apabila dijawab, tiada suara. Ini taktik scam terbaru. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpul “metadara suara” atau maklumat bahawa nombor anda aktif supaya dijadikan sasaran scam seterusnya. Jangan terperangkap. Sumber: Kementerian Kewangan/Majlis Keselamatan Negara  
Baca Lagi

Masyarakat Sivil ASEAN Gesa Ketelusan dan Penglibatan Awam dalam Rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital

Kuala Lumpur / Jakarta / Manila / Bangkok: 24 November 2025 – Mesyuarat ke-15 Jawatankuasa Perundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 November di Kuala Lumpur pada minggu ini. Pertubuhan masyarakat sivil dari seluruh ASEAN mengulangi gesaan untuk lebih ketelusan dan penglibatan awam yang bermakna dalam rundingan DEFA yang sedang...
Baca Lagi

Alam itu Bijak

GAGAK DAN KECERDASAN YANG MENAKJUBKAN Gagak adalah antara burung yang paling cerdik di bumi. Di Jepun, gagak telah menguasai salah satu helah kelangsungan hidup yang paling bijak yang pernah diperhatikan pada burung. Ia sengaja menjatuhkan walnut ke jalan-jalan yang sibuk, dengan sabar menunggu kereta melakukan kerja keras untuk memecahkannya. Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar merah dan...
Baca Lagi