Gejala Burnout Yang Tidak Disangka

Kadang-kadang burnout bukan datang dalam bentuk jerit, menangis dan mengamuk. Selalunya ia datang dalam bentuk senyap, halus, dan orang sekeliling pun tak perasan.

Ada orang masih pergi kerja, masih gelak, masih buat lawak. Tapi dalam diam, “lilin” dalam diri makin pendek hari demi hari.

Antara gejala burnout yang ramai tak sangka:

1. Susah rasa gembira. Benda yang dulu buat anda teruja, sekarang rasa kosong. Pergi jalan, tengok drama, lepak dengan kawan, tapi hati tetap tak “hidup”.

2. Badan asyik sakit pelik. Kepala selalu berdenyut, bahu tegang, perut tak selesa. Check-up kata ok, tapi badan tetap rasa tak sedap. Jiwa penat, badan yang terima.

3. Kerja penuh silap kecil. Mudah terlupa benda simple, tersilap tulis, tersalah hantar. Bukan sebab anda tak pandai, tapi otak dah terlalu sarat dan letih.

4. Emosi jadi “tumpul”. Bukan sekadar marah. Kadang-kadang anda rasa, tak peduli. Susah nak rasa sayang, susah nak rasa seronok, susah nak sambut berita gembira.

5. Masih nampak ceria, tapi… Di depan orang anda layan macam biasa, siap bagi semangat pada orang lain. Tapi bila sendirian, rasa kosong, sesak dan nak lari dari semua.

Burnout bukan tanda anda lemah. Selalunya ia tanda anda dah terlalu lama bertahan dan memikul terlalu banyak dalam diam.

Kalau banyak tanda di atas terkena pada diri sendiri, tolong jangan pendam. Cuba rehat sekejap, perlahankan langkah, dan bercakap dengan seseorang yang anda percaya.

Masalah mungkin belum terus selesai, tapi api dalam diri anda tak dibiarkan padam sendirian.

Sumber: Public Health Malaysia