Bagaimana Kita Terdedah Kepada Pulmbum

Plumbum ada di mana-mana dan menjejaskan kita.

Pekerja binaan terdedah kepada plumbum ketika membuang, mengubah suai atau merobohkan struktur yang dicat dengan pigmen plumbum.

Pekerja juga bersentuhan dengan plumbum dalam pateri, lekapan paip, bateri cas semula, peluru plumbum, kaca, bahan tembaga atau gangsa dan radiator berplumbum. Pendedahan kepada plumbum boleh berlaku ketika kerja membaiki (contohnya membaiki radiator) dan kitar semula (contohnya kitar semula bateri asid plumbum).

Di samping pekerja, PENGGUNA mungkin juga terjejas dengan cara berikut:

CAT: Plumbum daripada cat, termasuk debu tercemar plumbum, merupakan salah satu punca biasa keracunan plumbum. Plumbum mencantikkan warna dan menambah kemampuan salutan dalam cat.

AIR: Walaupun plumbum biasanya tidak ditemui dalam bekalan air semula jadi, ia boleh memasuki sistem pengagihan air dan paip air isirumah disebabkan kakisan. Pateri berasaskan plumbum khususnya digunakan untuk menyambung paip ke sumber air dan paip utama.

MAKANAN: Makanan juga mungkin tercemar dengan plumbum. Sayuran mungkin tercemar dengan plumbum apabila ditanam di tanah yang tercemar dengan plumbum daripada debu cat atau ekzos bahan api. Plumbum boleh melarut resap secara langsung ke dalam makanan dalam tin yang dibuat menggunakan pateri plumbum. Kristal barang kaca berplumbum dan mangkuk kaca dan pinggan mangkuk berplumbum juga boleh mencemarkan makanan.

GULA-GULA: Terutama yang mengandungi asam jawa, serbuk cili atau garam tertentu, mungkin mempunyai  paras plumbum yang tinggi. Asal kewujudan plumbum dalam produk ini tidak jelas, namun pemprosesan atau penyimpanan ramuan yang tidak sempurna mungkin menjadi puncanya.

PRODUK ISIRUMAH: Perabot antik atau lama, seramik kaca dan barangan kraftangan yang diimport – boleh mengandungi logam beracun ini, tersembunyi dalam cat lama dan kaca yang digunakan untuk membuat barangan ini.

Sesetengah makanan terkenal berasid, jadi ia boleh melarut resap plumbum dengan mudah. Oleh itu ia amat berbahaya untuk menghidangkan cuka, soya atau sos cili dalam pinggan mangkuk berplumbum atau menghidangkan makanan berasid (seperti makanan berjeruk) dalam mangkuk berplumbum.

BARANG KEMAS: Barang kemas kostum dan murah diperbuat daripada logam yang berplumbum.

MAINAN: Barangan mainan yang dibuat khusus untuk kanak-kanak kadang kala mengandungi plumbum. Bekas makanan dan krayon mungkin tercemar, manakala mainan yang diwariskan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak mungkin diwarnakan dengan cat berasaskan plumbum.

 

UN Environment Programme

World Health Organization (WHO)

IPEN: for a toxics-free future