BAGAIMANA TUBUH TERPEDAYA untuk melakukan KESILAPAN?

 

Bahan kimia pengganggu endokrin (EDCs) memperdayakan organ tubuh untuk melakukan perkara yang ganjil. Dengan mengganggu tindakan hormon, EDCs mengganggu cara tubuh berfungsi, lalu menimbulkan masalah kepada SISTEM PEMBIAKAN, TINGKAH LAKU, FUNGSI  OTAK dan SISTEM IMUN.

Lebih 80,000 bahan kimia digunakan dalam produk kegunaan seharian dan ia terkandung dalam air, makanan dan udara kita. Kira-kira 800 bahan kimia ini adalah pengganggu hormon.

Dan ia mampu mengganggu cara kelenjar menghasilkan hormon yang mengawasi hampir apa sahaja yang dilakukan oleh tubuh, termasuk cara kita membiak, membesar, tidur, menyembuhkan diri, berkembang secara mental dan membakar tenaga.

 

Maklumat Selanjutnya: Kita Menjadi Bahan Ujian