Description
ISBN: 978-967-5447-80-8
Saiz Buku: 140 mm x 110 mm
Halaman: 84
Harga: RM6.00
Semua bahan kimia dianggap selamat untuk kegunaan manusia melainkan terbukti sebaliknya. Di AS, Australia dan negara lain, tiada keperluan untuk menunjukkan bahan kimia adalah selamat sebelum manusia terdedah kepadanya. Manusia digunakan sebagai bahan ujian dalam ujikaji bahan kimia global oleh korporat gergasi. Lebih 80,000 bahan kimia digunakan hari ini – kebanyakannya tidak diuji keselamatannya.
Contohnya, Bisphenol A (BPA) pertama kali digunakan pada 1957, tetapi kesan sampingannya yang pertama cuma dilaporkan pada 1997. Ia mengambil masa 55 tahun pendedahan manusia kepada BPA sebelum sebarang tindakan diambil terhadapnya. 3.6 juta tan BPA digunakan setiap tahun, untuk membuat botol bayi, lapisan dalaman makanan dan minuman dalam tin, pelekat, gigi palsu dan sebagainya.
BPA hanyalah satu daripada anggaran 800 bahan kimia pengganggu endokrin (EDCs) yang mempunyai sifat pengganggu hormon. Hormon menyelaras perkembangan manusia, daripada satu sel kepada berjuta sel khusus yang menjadikan darah, tulang, otak, dan tisu lain. Mengganggu hormon kita boleh menyebabkan kanser dan banyak lagi masalah kesihatan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengelarnya ancaman global. Bacalah selanjutnya untuk mengetahui pengganggu kesihatan secara senyap ini dalam kehidupan seharian anda.
Hanya RM8.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 14.00 (Malaysia Timur) setiap pesanan (tidak mengira bilangan buku yang dibeli) untuk bayaran pengiriman dan penghantaran.
Untuk pesanan yang besar sila hantar e-mel kepada: marketing@consumer.org.my
Klik di sini untuk muat turun Borang Pesanan Buku