Bahaya Insinerator

Bilangan penduduk yang semakin bertambah juga bermakna masalah sampah semakin meningkat, hanya dengan melihat perangkaan Malaysia, kita dilaporkan menjana lebih 38 ribu tan metrik sisa pepejal sehari pada 2021 (1.17 kg/kapita/hari). Daripada jumlah itu, 82.5 peratus dilupuskan di tapak pelupusan sampah. Pakar memberi amaran bahawa tidak akan ada lagi tanah yang tinggal di Malaysia menjelang 2050 jika tiada apa yang dilakukan untuk mengurangkan pembaziran. Ada yang mengatakan bahawa penyelesaiannya adalah terletak pada pembakaran sisa iaitu membakar sampah dalam insinerator untuk menghasilkan tenaga elektrik, yang juga akan membantu mengurangkan pelepasan karbon daripada rawatan sisa pada masa hadapan. Tetapi adakah ini benar-benar jawapannya? Kami membincangkan kesan alam sekitar dan kesihatan daripada pembakaran sisa bersama Mageswari Sangaralingam (Pegawai Penyelidik Kanan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Khor Sue Yee (Pengasas Bersama dan Pengarah, Zero Waste Malaysia) dan Tasha Sabapathy (Eksekutif Komunikasi dan Program Outreach).

#BurnNot #GoForZeroWaste