Bantahan Projek Di Atas Lot 586 & 675, Sungai Ara

Kami berkumpul di sini pada hari ini untuk mengemukakan masalah yang sedang dihadapi oleh kami.

Pemaju projek rumah mampu milik, Potential Dual Sdn. Bhd. telah:

  1. Mengumumkan untuk menutup jalan bukit yang terkenal bagi aktiviti berbasikal untuk melaksanakan pembangunan baru.
  2. Mengemukakakan cadangan kepada MBPP untuk menggunakan jalan Taman kami iaitu Cangkat Sg Ara 19 sebagai jalan masuk dan Cangkat Sg Ara 20 sebagai jalan keluar untuk projek perumahan baru.

Kami penduduk Taman Siara 81 bersama-sama penduduk kejiranan lain dan pemilik tanah di bukit berhampiran membantah projek perumahan ini kerana:

  1. Pembangunan ini berkepadatan tinggi iaitu bangunan 34 tingkat dan mengandungi 750 unit. Ini akan membawa kepada pemusnahan alam semula jadi kawasan ini termasuk habitat hidupan liar. Pembersihan pokok dan rumput di lereng bukit berpotensi menyebabkan hakisan tanah, mengganggu kestabilan tanah dan mengakibatkan banjir.
  2. Jalan Taman kami yang sempit, berukuran 30 kaki, tidak mampu untuk menampung pembangunan berkepadatan tinggi. Ia akan menyebabkan kesesakan dan membahayakan keselamatan penduduk yang keluar masuk kediaman. Ini akan mempunyai impak yang mendominasi kami dan hak kami untuk menikmati kesunyian hartanah kami, termasuk kehilangan kebersendirian (privasi). Ia juga akan menyebabkan pencemaran bising dan udara semasa dan selepas pembangunan. Akses kepada hartanah kami tidak lagi selamat atau mudah untuk warga emas dan kanak-kanak.
  3. Sistem saliran sedia ada juga tidak dapat menampung buangan hidraulik dari projek. Ini akan mengakibatkan berlakunya banjir.
  4. Pembangunan itu juga akan mengancam flora dan fauna serta habitat haiwan yang hidup di kawasan ini.
  5. Berdasarkan pelan yang diberikan oleh MBPP, terdapat rancangan masa depan selanjutnya untuk menukar gunatanah seluruh bukit kepada pembangunan, mengakibatkan kemusnahan alam sekitar.

Penutupan jalan akan mencegah pemilik tanah lain daripada memasuki hartanah mereka dan mencegah aktiviti sukan yang menyihatkan seperti aktiviti berbasikal mendaki bukit oleh orang ramai melalui laluan Carpet.

Kami berharap MBPP tidak akan meluluskan projek ini.

Kerajaan Negeri mestilah tidak prejudis untuk meluluskan projek ini hanya disebabkan ia adalah pembangunan rumah mampu milik. Mereka perlu menimbangkan kepentingan semua pihak.

Sekiranya projek masih diluluskan, Kerajaan Negeri dan MBPP mestilah menyelesaikan isu kami terlebih dahulu sebelum kerja pembinaan dijalankan. Antaranya ialah;

  1. Jalan alternatif perlu dibina untuk keluar masuk kawasan projek. Jalan taman perumahan Cangkat Sungai Ara 19 dan Cangkat Sungai Ara 20 tidak digunakan sebagai jalan keluar atau masuk.
  2. Meningkatkan sistem saliran sedia ada kerana banjir pernah berlaku semasa musim hujan.

Kami mahukan kerajaan kami untuk memulihara keindahan semula jadi dan kehijauan Pulau Pinang.

En. Gooi Khai Soon  & En. Loh Kan Swee

bp (Penduduk Taman Siara 81)

Residents of Taman Siara 81

Kenyataan Akhbar oleh Penduduk Taman Siara 81, Sungai Ara, Pulau Pinang         

3 Mac 2016