Jabatan Standard Malaysia sedang mendapatkan ulasan umum yang bertujuan untuk mendapatkan komen/input ke atas draf Malaysian Standard Undercoating Paint for Gloss Enamel – Specification (Second revision). DMS ini telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Teknikal berkenaan Paint and Varnishes.
Antara spesifikasi dalam Standard adalah bahan yang digunakan dalam formulasi cat tersebut tidak boleh mengandungi plumbum.
Larangan penggunaan plumbum dalam semua jenis cat serta undang-undang berkaitan amat diperlukan kerana plumbum adalah toksik dan tidak ada tahap pendedahan yang selamat kepada plumbum.
Kemukakan ulasan anda sebelum 14 September 2021 melalui https://upc.mpc.gov.my/csp/sys/bi/%25cspapp.bi.work.nc.custom.regulation.cls?regId=362