Victor Papanek, seorang pereka produk terkemuka dan penulis buku revolusioner, “Design for the real world”, menjelaskan tentang berbagai bentuk produk yang kita perolehi berdasarkan reka bentuk yang diarahkan kepada pereka untuk menciptanya (dalam “The Green Imperative”)
> Apabila kita menjadi senjata upahan perbadanan yang tamak, kita digerakkan agar akur (CONFORM)
> Apabila kita menghasilkan kegundahan status bagi golongan elit, dan membiarkan diri menjadi selebriti media, kita melaksanakan tugas (PERFORM)
> Apabila kita memutarbalikkan produk untuk menggambarkan pandangan penyelidikan pasaran, kita merosakkan (DEFORM)
> Jika produk kelihatan pelik dengan fungsi berbeza – telefon yang kelihatan seperti itik dan menguek, bukannya berdering, jam-radio yang kelihatan seperti kaki wanita – kita beri maklumat yang salah (MISINFORM)
> Apabila rekabentuk kita memberi pernyataan tentang tujuan, mudah difahami, diguna, diselenggara dan dibaiki, tahan lama, mudah dikitar semula dan tidak menjejaskan alam sekitar, kita memaklumkan (INFORM)
> Jika kita merekacipta sambil memikirkan keharmonian dan keseimbangan, bekerja demi kebajikan golongan lemah dalam masyarakat, kita buat pembaharuan (REFORM)
> Dengan bersedia berhadapan dengan kesan campurtangan dalam rekabentuk, dan menerima tanggungjawab sosial dan moral, kita memberinya bentuk (FORM)