Hentikan air menitis dan berjimat

Kebocoran satu paip dengan kadar setitis air sesaat boleh merugikan 3,000 gelen air setahun! Kerugiannya mungkin lebih tinggi jika peralatan lain di bilik mandi atau tandas juga mengalami kebocoran. Bocoran perlahan pancuran air di bilik mandi pada kadar 10 titisan air seminit menambah pembaziran 500 gelen air setahun.

Di AS, 10% rumah dianggarkan mempunyai kebocoran yang membazirkan 90 gelen air atau lebih dalam sehari.

Adakah rumah anda juga mempunyai paip yang bocor? Bagaimana hendak memeriksa sama ada paip atau kepala paip bocor?

Caranya mudah sahaja. Tutup semua paip atau kepala paip. Periksa dan catat meter air sebelum anda masuk tidur dan selepas bangun keesokan harinya. Jika bacaan meter didapati berubah, dapatkan tukang paip.

HENTIKAN PEMBAZIRAN dan PERIKSA JIKA ADA KEBOCORAN.