Kesan Keracunan Plumbum ke atas Kanak-kanak

“Pendedahan kepada plumbum boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan kanak-kanak. Pada tahap pendedahan yang tinggi, plumbum menyerang otak dan sistem saraf tunjang hingga menyebabkan koma, kekejangan malah maut.

Kanak-kanak yang mengalami keracunan plumbum yang serius mungkin terencat akal dan mempunyai masalah tingkah laku. Pada tahap pendedahan yang rendah pula, di mana tanda-tandanya tidak kelihatan, plumbum diketahui boleh mencederakan pelbagai sistem tubuh.

Plumbum khususnya boleh menjejaskan perkembangan otak kanak-kanak hingga mengurangkan kecerdasannya (IQ), perubahan tingkah laku seperti kurang daya tumpuan, semakin enggan bergaul, dan penurunan tahap pencapaian pembelajaran.

Selain itu, plumbum juga boleh menyebabkan anemia, hipertensi, kerosakan ginjal, keracunan sistem imun dan keracunan organ pembiakan. Kesan keracunan plumbum ke atas neurologi dan tingkah laku dipercayai sukar dipulihkan.

Tidak ada kepekatan plumbum darah “selamat” yang diketahui; kepekatan plumbum darah serendah 5 ug/dL sekalipun boleh dikaitkan dengan penurunan daya kepintaran kanak-kanak, kesukaran tingkah laku dan masalah pembelajaran. Semakin meningkat pendedahan kepada plumbum, keterukan gejala dan kesannya turut meningkat.

Apa yang memberangsangkan, pengeluaran secara berperingkat gasoline di kebanyakan negara, di samping lain-lain langkah kawalan plumbum, telah menyebabkan penurunan dalam kadar kepekatan plumbum darah penduduk. Kini cuma terdapat sebuah negara yang terus menggunakan minyak berplumbum. Namun begitu masih banyak yang perlu dilakukan berhubung penghapusan berperingkat cat berplumbum: setakat ini hanya 37% negara yang memperkenalkan kawalan yang sah ke atas cat seumpamanya.” – Pertubuhan Kesihatan Sedunia

UN Environment Programme
World Health Organization (WHO)
IPEN: for a toxics-free future

Untuk maklumat lanjut mengenai “Plumbum dan Kesakitan”, dapatkan panduannya di sini