Bolehkah kita sihat sambil menjimatkan wang?

Ia bukan saja tidak mustahil malah lebih sihat. Adalah benar makanan yang baik lebih murah kerana makanan proses boleh menjadi mahal. Makanan asli dan segar juga lebih berkhasiat. Ia juga tidak mempunyai bahan penambah makanan yang ditambah bukan untuk dimakan, tetapi untuk jangka hayat yang lebih panjang; menggantikan warna dan perisa yang hilang; dan memenuhi keperluan lain industri makanan.

Anda boleh mendapat lebih banyak vitamin, mineral dan protein pada kos yang lebih rendah. Berikut caranya.

1. MAKANAN PROTEIN. Kacang, pis, lentil dan makanan lain yang sama (dipanggil kekacang) baik, merupakan sumber protein yang murah. Jika dibiarkan bercambah sebelum dimasak dan dimakan, ia mengandungi lebih banyak vitamin. Telur merupakan salah satu sumber protein haiwan paling murah dan sesetengah ikan lebih murah berbanding daging lain malah berkhasiat.

2. BIJIRIN. Beras, gandum dan bijirin lain lebih berkhasiat jika kulit luarnya tidak dipisahkan ketika mengilangnya.

3. BUAHAN dan SAYURAN. Lebih cepat anda makan buah dan sayuran selepas dituai, lebih banyak khasiat yang terdapat di dalamnya. Apabila anda menyimpannya, letakkan di tempat sejuk, gelap untuk memelihara vitamin. Masak sayuran dalam jumlah air yang sedikit seberapa yang boleh, kerana vitamin daripada sayur meresap ke dalam air ketika memasak. Gunakan air itu sebagai sup atau meminumnya.

Bahagian daun di luar atau di atas sayuran yang keras seperti lobak merah atau bunga kubis mengandungi banyak vitamin dan boleh digunakan untuk membuat sup.

Banyak buahan liar dan beri kaya dengan Vitamin C dan gula asli, dan boleh menyediakan vitamin dan tenaga tambahan.

4. Elakkan berbelanja untuk MAKANAN DALAM PAKET atau VITAMIN. Jika ibu bapa mengambil wang yang digunakan untuk membeli minuman manis atau bersoda dan membelanjakannya untuk makanan berkhasiat, anak-anak mereka akan lebih sihat untuk jumlah wang yang sama.

Memandangkan kebanyakan daripada kita boleh mendapatkan vitamin yang diperlukan daripada makanan, adalah lebih baik untuk membelanjakan wang untuk makanan yang berkhasiat berbanding pil.