Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan keputusan oleh Mahkamah Rayuan untuk menghentikan cadangan projek bangunan tinggi di Taman Rimba Kiara. Ia merupakan satu keputusan yang berani dan perlu menjadi sebagai sesuatu yang boleh dijadikan teladan.
Persatuan Penduduk bersebelahan Taman Tun Dr Ismail membawa kes itu ke mahkamah supaya perintah pembangunan yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dibatalkan. Mereka kalah di Mahkamah Tinggi dan berjaya di Mahkamah Rayuan. Kami mengagumi keberanian dan tekad mereka untuk membawa pihak berkuasa dan pemaju untuk mempertahankan hak mereka dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
Pihak mahkamah menegakkan hak dan kompeten Persatuan Penduduk TTDI untuk membuat tuntutan undang-undang yang akan membolehkan persatuan berdaftar menyaman pihak berkuasa awam bila-bila masa hak ahli mereka dicabuli. Ini akan memperkasakan masyarakat sivil untuk menghalang penyalahgunaan kuasa oleh pegawai awam dan institusi.
Pihak mahkamah menolak justifikasi yang diberikan oleh Datuk Bandar bahawa perintah pembangunan dikeluarkan bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi oleh komuniti rumah panjang Bukit Kiara dan usahasama komersial antara Yayasan Wilayah Persekutuan dan pemaju swasta Memang Perkasa Sdn. Bhd.
Datuk Bandar meluluskan projek untuk membina bangunan 17 tingkat yang mengandungi 204 unit rumah mampu milik dan 41 dan 45 tingkat kondominium kelas atasan yang terdiri daripada 1,082 unit walaupun ia bertentangan dengan pelan pembangunan bandar raya. Tanah projek itu ditandakan sebagai ruang terbuka awam, kawasan hijau dan Taman Bandar Raya. Datuk Bandar yang sepatutnya melindungi kepentingan awam, sebaliknya memilih untuk menggalakkan kepentingan komersial Yayasan dan pemaju swasta.
Pihak berkuasa mestilah memberikan pertimbangan yang serius kepada pelan struktur sebelum mengeluarkan perintah pembangunan. Mereka mesti melindungi ruang terbuka awam dan kemudahan serta mengambilkira kesan sosial dan alam sekitar daripada sebarang pembangunan yang dicadangkan.
Mereka mestilah menegakkan pendengaran awam dan berkomunikasi hasilnya kepada mereka yang terjejas. Bantahan kepada pembangunan mestilah dipertimbangkan dengan betul dan alasan yang diberikan kerana menolaknya. Membuat keputusan mestilah terbuka dan telus untuk menghapuskan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Itulah intipati demokrasi.
Siaran Akhbar, 29 Januari 2021