
Kerajaan mestilah dengan segera mengembalikan semula nikotin di bawah Akta Racun 1952 berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan keputusan 2023 untuk mengeluarkan cecair dan gel nikotindaripada Senarai Racun, kata CAP.
“Keputusan Mahkamah Tinggi itu adalah kemenangan bagi kesihatan awam,” kata aktivis antimerokok CAP N.V. Subbarow.
“Penyahsenaraian nikotin itu adalah sangat memalukankerana ia bertentangan dengan kesihatan kanak-kanak dan belia. Menteri Kesihatan ketika itu mesti memohon maaf atas tindakan yang diambil,” katanya.
Mahkamah mendapati keputusan itu tidak rasional dan dibuat tanpa perundingan sewajarnya dengan Lembaga Racun.
Keputusan untuk mengeluarkan nikotin daripada Senarai Racun telah melemahkan perlindungan kesihatan awam dan perlu dikembalikan semula selaras dengan keputusan mahkamah, gesa CAP.
“Kerajaan mestilah memulihkan semula perlindungan pengawalseliaan untuk memastikan kawalan yang lebih kukuh ke atas produk nikotin.
“Kementerian Kesihatan tidak perlu menunggu lagi. Kerajaan perlu bertindak segera untuk mengembalikan semula nikotin di bawah Akta Racun,” kata Subbarow.
– petikan disunting daripada NST (15 Mei 2026)
Artikel asal di sini:
https://www.nst.com.my/news/nation/2026/05/1440509/cap-calls-immediate-reinstatement-nicotine-under-poisons-act-after?

