Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen yang membawa isu Ivermectin memandangkan ia merupakan isu utama paling penting.
Dengan bilangan kes harian yang semakin meningkat, kami menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan Ivermectin luar label (off-label) oleh doktor berkelayakan. Kami ingin menegaskan bahawa kira-kira 3.7 bilion dos Ivermectin telah diedarkan dalam kempen pemberian ubat secara besar-besaran di seluruh dunia bagi manusia lebih tiga dekad.
Ivermectin adalah antivirus spektrum luas didapati aktif dalam mengehadkan jangkitan oleh pelbagai virus termasuklah HIV-1, virus Denggi, selesema, chikungunya, dan baru-baru ini kajian juga menunjukkan bahawa ia merupakan perencat kuat bagi virus Covid-19. Ia digunakan sebagai antivirus bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan ia telah digunakan bagi virus Ribonucleic asid (RNA) dan Deoxyribonucleic asid (DNA).
Berhubung profil keselamatan Ivermectin berbanding Remdesivir, kita boleh melihat Ivermectin jauh lebih selamat.
Journal of Antimicrobial Chemotherapy menerbitkan meta-analisis tinjauan oleh rakan sebaya pada April 2020 yang mengulas mengenai keselamatan dos Ivermectin yang tinggi menyatakan kan bahawa ia “menawarkan bukti ‘peringkat tertinggi’ dalam meneliti isu keselamatan di sekitar ubat ini”.
Sudah pun diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kudis buta, dan dos itu diluluskan untuk pemberian secara besar-besaran sekiranya berlaku wabak kudis buta adalah dos yang sama seperti yang biasa didapati dan boleh digunakan sebagai rawatan awal COVID.
Dengan lonjakan semasa dalam bilangan kes harian di seluruh negara. Ia meningkat kepada 17,045 pada 25 Julai 2021 daripada 10,710 pada 18 Julai 2021, peningkatan 6,335 kes dalam tempoh seminggu. Sejak itu, ia masih menunjukkan aliran menaik dengan tiada petunjuk bilakah ia akan mereda.
Contoh keberkesanan vaksin yang terhad itu dapat diperoleh daripada kes di Israel di mana kira-kira separuh daripada orang dewasa yang dijangkiti dalam wabak varian Delta Covid-19 sebenarnya disuntik sepenuhnya dengan vaksin Pfizer. Ini mendorong kerajaan untuk menetapkan kembali keperluan memakai pelitup muka dalaman dan langkah lain untuk mengekang jenis virus yang sangat mudah menjangkiti. Di Malaysia, terdapat lebih daripada 1,800 pekerja penjagaan kesihatan yang telah divaksinasikan sepenuhnya dijangkiti dengan Covid-19, walaupun hanya menunjukkan simptom ringan.
Sepertimana yang dilihat bahawa vaksin tidak sepenuhnya berkesan, khususnya terhadap varian baharu, oleh itu Ivermectin boleh digunakan sebagai pelengkap profilaksis kepada program vaksinasi bagi mereka yang masih menunggu tarikh vaksinasi, dan malah kepada mereka yang telah menerima vaksinasi sebagai pencegahan tambahan. Keselamatan dan keberkesanannya boleh berdasarkan kepada ujian dan penggunaan di negara lain kerana kita tidak boleh menunggu kesimpulan daripada ujian klinikal pada September untuk memutuskan berdasarkan peningkatan bilangan kes harian.
Kami tidak sedikit pun menganjurkan supaya dihentikan ujian klinikal yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan. Kami hanya menggesa agar kerajaan membenarkan penggunaan Ivermectin berdasarkan kepada kejayaan negara lain yang menggunakannya sehingga ujian klinikal selesai. Kami meminta penggunaan Ivermectin luar label (off-label) di bawah penyeliaan doktor. Kami juga tidak meminta penggunaan Ivermectin untuk menggantikan vaksin tetapi untuk melengkapinya. Pada kadar jangkitan sekarang, kita tidak mempunyai masa lagi.
Kenyataan Akhbar, 29 Julai 2021