CAT PLUMBUM ANCAMAN BERTERUSAN KEPADA KANAK-KANAK

Plumbum adalah logam berat toksik yang bertanggungjawab bagi anggaran 600,000 kes baharu hilang upaya intelek dalam kalangan kanak-kanak setiap tahun. Kesan kerosakan otak akibat pendedahan kepada plumbum pada awal kehidupan termasuklah kehilangan kecerdasan, jangka masa perhatian yang singkat dan gangguan tingkah laku. (UNEP)

Selagi cat plumbum tersedia untuk dijual dan digunakan, kanak-kanak kekal berisiko daripada pendedahan plumbum.

#HaramkanCatPlumbum