No products in the cart.

Kategori: Development BM

Ulasan CAP: BELANJAWAN 2026

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memuji beberapa langkah yang digariskan dalam Belanjawan Negara 2026 tetapi pada masa yang sama berasa kecewa kerana kerajaan tidak mengambil langkah yang lebih berkesan untuk melindungi kesihatan dan alam sekitarnegara. CAP mengalu-alukan pengenalan Lemon Law melalui pindaan kepada Akta Perlindungan Pengguna. CAP telah secara aktif berkempen bagi Lemon...
Baca Lagi

ULASAN CAP: AKTA PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR

Draf Akta Pembaharuan Semula Bandar, yang diusahakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), telah mencetuskan perdebatan penting mengenai masa depan bandar-bandar Malaysia. Walaupun niat untuk membina semula kawasan bandar yang semakin usang adalah dipuji, pendekatan rang undang-undang itu adalah pembaikan yang cacat. Ia memberi tumpuan kepada gejala iaitu bangunan lama yang...
Baca Lagi

Pelaksanaan Upov 1991 Melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Bercanggah dengan Undang-Undang Negara

Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) menyuarakan kebimbangan kerana Kementerian Pertanian meneruskan agenda agar Malaysia menyertai Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan (UPOV), walaupun terdapat bantahan meluas daripada para petani dan pertubuhan masyarakat sivil. Akta UPOV 1991 merupakan satu perjanjian antarabangsa yang zalim dan mengancam untuk menyerahkan...
Baca Lagi

SEJAUH MANAKAH MAMPANNYA TELEFON PINTAR ANDA?

Adakah anda fikir telefon pintar anda hanya plastik dan kaca? Fikir semula. Telefon pintar moden adalah antara produk pengguna yang paling banyak menggunakan sumber, dengan menggabungkan lebih 30 unsur daripada jadual unsur kimia. Bahan biasa seperti aluminium, tembaga dan besi menyokong fungsi struktur dan elektrik, manakala unsur nadir seperti litium, kobalt, tantalum dan bateri kuasa...
Baca Lagi

Mahkamah Persekutuan mesti menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Semantan pemilik Duta Enclave

Kami merujuk kepada laporan bertajuk Semantan Estate Berjaya tangguh keputusan pertikaian Duta Enclave Pertikaian di antara Kerajaan dan Semantan Estate (1952) Sdn. Bhd. berkaitan pengambilan tanahnya di bawah Enakmen Pengambilan Tanah untuk pembangunan Duta Enclave bermula sejak sebelum Merdeka, pada sekitar 69 tahun yang lalu. Pada 1956, kerajaan memperoleh kira-kira 250 ekar tanah yang...
Baca Lagi

Daripada Kusam kepada Harapan

BAGAIMANA SENI BERSATU & MENGUBAH KEJIRANAN Artis grafiti sering dilihat sebagai samseng dan pengacau yang merosakkan harta benda dan menimbulkan masalah kepada masyarakat. Tetapi mungkin percikan ekspresif mereka boleh digunakan dengan baik? Itulah yang dilakukan oleh kerajaan Mexico beberapa tahun yang lalu iaitu dengan hasil yang mengejutkan. Sekumpulan artis grafiti muda diminta mengecat...
Baca Lagi

Serangan Pengecut Terhadap Keluarga Rafizi Tidak Boleh Terlepas Daripada Hukuman

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan pengecut terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi yang berusia 10 tahun itu di sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya, diikuti pula dengan ancaman yang seterusnya terhadap keluarganya. Tingkah laku sedemikian itu adalah amat keji, memalukan dan menghina kesopanan asas, ia mendedahkan ketidakupayaan atau keengganan...
Baca Lagi

Fokus kepada Isu Sebenar, Bukan Kesilapan yang Tidak Sengaja

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terjerumus ke dalam kemarahan yang tidak perlu berhubung insiden bendera Malaysia secara tidak sengaja dipamerkan secara terbalik baru-baru ini. Orang yang bertanggungjawab telah mengakui kesilapan itu dan mengeluarkan permohonan maaf. Itu sepatutnya sudah memadai. Ia amat merisaukan apabila perkara sebegini dirampas dan...
Baca Lagi

Memastikan Ekuiti dan Akauntabiliti dalam Rancangan Malaysia Ke-13

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan beberapa segmen Rancangan Malaysia Ke-13, seperti yang menangani isu-isu utama seperti gaji yang tidak bergerak, rumah mampu milik, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan kemampanan makanan. Walaupun inisiatif itu patut dipuji kerana ia bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup mereka dalam kumpulan pendapatan B40 dan M40, kerajaan mestilah...
Baca Lagi

Memperkukuh Akauntabiliti Awam Selepas Laporan Ketua Audit Negara 2025

Laporan Ketua Audit Negara 2025 (Siri 2) telah menemui pelbagai ketidakteraturan dan kegagalan tadbir urus yang serius, sekali gus menimbulkan kebimbangan baharu selepas meneliti lima audit di tujuh kementerian. Ini melibatkan program dan projek bernilai kira-kira RM48.873 bilion. Menurut laporan, antara 2012 dan Januari 2025, sebanyak 12,393 audit telah dijalankan. Daripada jumlah ini, 11,594...
Baca Lagi