Dua wanita warga tua mati ketika rempuhan yang melibatkan lebih 1,000 orang bergelut untuk mendapatkan 200 kupon makanan percuma di Kuala Lumpur. Bilangan mereka itu lima kali melebihi bilangan kupon makanan percuma untuk warga tua yang boleh diperolehi.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan berita ini kerana ia tidak seharusnya berlaku dan dua warga tua itu tidak seharusnya mati.
Orang ramai perlu menghentikan amalan mengedarkan makanan ini atau memberikan ang pow untuk mendapatkan publisiti kerana ia suatu penghinaan terhadap maruah semua mereka yang beratur untuk mendapatkan perkara itu apabila amalan seperti itu boleh dilakukan secara persendirian.
CAP menggesa kerajaan dengan segera menghentikan semua bentuk amalan ini.
Kenyataan Akhbar, 1 Februari 2019