Hidangan Tidak Sihat: Diet Yang Merosakkan Otak

Hari ini 1 dalam 6 rakyat Malaysia menghidap penyakit mental. Apakah yang mengancam minda, meracuni otak dan menyakitkan kepala kita? Jawapannya mungkin pada hidangan.

Pemakanan yang salah (daripada makanan yang diproses, makanan segera dan makanan remeh) dan kaedah pengeluaran makanan sejak 50 tahun lepas yang kehilangan nutrien dengan kekurangan jumlah lemak penting, vitamin dan mineral yang kita makan dan diet ini meracuni otak kita.

Kajian mendapati bilangan keadaan kesihatan mental dipengaruhi oleh faktor pemakanan. Contohnya:

> Kemurungan dikaitkan dengan pengambilan ikan yang rendah (tinggi dalam asid lemak omega-3, yang penting untuk kesihatan otak yang baik).

> Skizofrenia – bukti epidemiologi menunjukkan penderita mempunyai paras asid lemak tidak tepu yang rendah.

> Penyakit Alzheimer – beberapa kajian menyarankan pengambilan sayuran yang tinggi boleh melindungi daripada gangguan otak.

> Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) – kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan gangguan ini rendah dalam asid lemak dan zat besi.

Adakah anda mengambil diet untuk kemurungan? Adakah keluarga anda dihidangkan dengan hidangan yang tidak sihat? Apakah diet yang menyihatkan? Adakah terdapat makanan untuk keadaan jiwa yang positif?

 

Untuk maklumat lanjut dapatkan buku Makanan Otak.