Apabila seseorang itu memasuki restoran atau pusat membeli-belah, orang yang bertanggungjawab akan mengambil bacaan suhu tubuh dan di kebanyakan tempat turut menyediakan pembersih tangan. Di samping itu, mereka juga perlu menggunakan kod QR (Quick Response) MySejahtera atau membuat pendaftaran pada buku catatan yang disediakan.
Ia adalah sebahagian daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 dan tiada lagi cara lain selain mematuhi SOP ini.
Bagaimanapun, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima aduan bahawa sesetengah hospital mengenakan caj RM5 kepada pesakit mereka bagi pelaksanaan SOP itu dan kami tertanya-tanya kenapa mereka berbuat demikian.
Ini nampaknya hanya pesakit dikenakan caj kerana terdapat bil untuk dimasukkan kos. Kami menggesa pihak hospital supaya mempertimbangkan peruntukan perkhidmatan seperti itu – pemeriksaan suhu badan dan peruntukan pembersih tangan – menjadi sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka walaupun SOP dikuatkuasakan di mana-mana, bukan hanya di hospital dan klinik sahaja.
Jika ia dihujahkan bahawa ia adalah kos tambahan, ini juga hujah yang sama dalam semua industri tetapi mereka masih mampu untuk mematuhi SOP dan perlunya sifat pemurah dalam keadaan seperti masa kini.
Kami menggesa semua hospital dan klinik yang mengenakan caj kerana pelaksanaan SOP supaya berhenti segera daripada berbuat demikian. Alasannya ialah jika tiada keperluan bagi memenuhi SOP, adakah hospital atau klinik mengambil risiko membenarkan pesakit Covid-19 memasuki premisnya?
Kenyataan Akhbar, 17 September 2020