Cuba tengok sekeliling rumah hari ini. Mungkin dah tiba masa untuk “move on” dari barang-barang lama yang dah tak beri nilai pada kehidupan kita.
1. Kotak-kotak kosong (kotak kasut, kotak telefon, kotak hadiah)
2. Wayar dan kabel lama (tak tahu kabel apa, tapi simpan “mana tahu nanti perlu”)
3. Ubat tamat tempoh (disimpan dalam peti atau laci kecemasan, padahal dah tak selamat digunakan)
4. Pakaian yang dah lama tak muat (harapan untuk “kurus semula”, tapi dah bertahun tak dipakai)
5. Majalah dan surat khabar lama (nak baca semula kononnya, tapi akhirnya jadi tempat lipas bersarang)
6. Bekas plastik tanpa penutup (Tupperware yatim piatu yang tak matching dah, tapi sayang nak buang sebab “elok lagi”)
7. Barang elektrik rosak (blender, kipas, toaster semua “nak hantar repair”, tapi dah 3 tahun tunggu).
Rumah yang lapang, jiwa pun tenang.
Beranikan diri untuk buang, sedekah, atau kitar semula.
Sumber: Public Health Malaysia


