Kebanyakan sumber tenaga menghasilkan pencemaran atau gas rumah hijau apabila dibakar dan ini menyumbang kepada krisis iklim. Mengurangkan penggunaan tenaga amat penting dalam memerangi perubahan iklim. Apabila sebilangan besar pengguna mengambil bahagian secara aktif dalam usaha penjimatan tenaga, kesan kolektif boleh menjadi ketara.
Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyelamatkan alam sekitar. Dengan pemikiran ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menerbitkan panduan “Jimat Tenaga” yang amat berguna dengan nasihat yang boleh dipraktikkan mengenai cara untuk melestarikan dan menjimatkan tenaga. Hayatilah kuasa tindakan harian yang mudah yang boleh menyumbang kepada kesan positif yang ketara terhadap alam sekitar kita.
Ketahui lebih lanjut mengenai langkah mesra alam dan penjimatan kos yang boleh anda lakukan untuk membantu mengurangkan perubahan iklim.
Muat turun panduan ini percuma di sini:
https://consumer.org.my/wp-content/uploads/2024/06/26-Jun-2024-JIMAT-TENAGA.pdf