Industri minuman ringan sering mendakwa mereka hanya menambah kafein ke dalam minuman untuk menambah rasanya. Bagaimanapun, Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkins menunjukkan kafein tidak dapat dikesan sebagai perisa. Kajian itu menyokong tanggapan bahawa kafein ditambah ke dalam minuman ringan dan tenaga untuk menagihkan peminumnya.
Dalam kajian itu, hanya 8% peminum kola biasa boleh merasa perbezaan antara minuman soda berkafein atau tidak berkafein.
“Pemasaran selari antara nikotina dan kafein cukup menakjubkan,” kata penyelidik utama kafein Roland Griffiths, Profesor Psikiatri dan Neurosains di universiti itu.“Keduanya dadah psikoaktif. Sehingga baru-baru ini, syarikat rokok menafikan bahawa nikotina menagihkan dan berkata ia ditambah semata-mata sebagai meningkatkan perisa untuk rokok. Perkara yang sama juga dikatakan untuk kafein.
Untuk maklumat lanjut: Sejauh mana Toksiknya Secawan Kopi?