KAWAL EMOSI, ELAK TRAGEDI

Kenapa sekarang makin ramai hilang kawalan sampai sanggup cederakan orang?

Bila marah, kecewa, cemburu, ego dan tekanan hidup bercampur sekali, ada yang akhirnya meletup dengan cara yang paling menakutkan. Sampai perkara kecil pun boleh jadi besar.

Bergaduh di jalan raya. Konflik rumah tangga. Cemburu. Salah faham kecil. Dan ada yang berakhir dengan kes tikam, pukul atau kecederaan yang tak disangka.

Yang menakutkan sekarang bukan sekadar kes itu berlaku, tetapi sebab ia boleh berlaku dekat tempat biasa, di rumah, sekolah, tempat kerja, kedai makan, jalan raya.

Media sosial pula buat semua benda tersebar lebih cepat. Sekali berlaku, seluruh negara nampak.

Dalam masa sama, ada juga sedang berdepan banyak tekanan:

  • emosi makin pendek
  • kurang tempat meluah secara sihat
  • ketagihan content dan video game ganas & provokasi
  • hilang empati terhadap orang lain
  • konflik kecil cepat dibesarkan
  • kos hidup menekan-nekan
  • dan makin ramai hilang pegangan hidup serta cara mengawal diri

Kadang-kadang, bila seseorang hilang arah, hilang tujuan hidup dan tak tahu cara urus emosi, marah boleh jadi lebih bahaya daripada yang orang sekeliling sangka.

Bukan semua orang yang tertekan akan jadi ganas. Tapi bila emosi tak dikawal, ego mengatasi akal dan dendam dipendam terlalu lama, itulah yang boleh jadi bahaya.

Jaga emosi, kesihatan mental, komunikasi dalam keluarga, didikan empati dan pegangan hidup bukan lagi perkara kecil. Ia dah jadi keperluan masyarakat hari ini.

Kerana kadang-kadang, perkataan juga boleh jadi “pisau” yang melukakan seseorang perlahan-lahan.

Sumber: Fb/ OH Ya