Ke Arah Sisa Sifar di Pulau Pinang – Perjalanan Diteruskan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah memanfaatkan dasar pengasingan sisa di sumber yang ada di Pulau Pinang yang dikuatkuasakan sejak 1 Jun 2017. Dasar itu terhad kepada pengasingan dan pengumpulan bahan kitar semula kering dan bersih antara lainnya seperti kertas, plastik, kaca, tin aluminium dan logam.

Masih terdapat ruang untuk penambahbaikan walaupun sebagai sisa organik dikumpulkan dua kali seminggu dan dibuang sebagai sisa umum.

Oleh sebab itu, CAP telah memberikan tumpuan terhadap pemulihan semula sisa organik daripada sisa kotoran dengan memperkenalkan pelbagai kaedah kompos di peringkat isi rumah. Bermula pada 2017, CAP bergandingan dengan sekolah dan kawasan kediaman di Pulau Pinang untuk memperkenalkan pelbagai jenis kaedah kompos. CAP juga bekerja rapat dengan beberapa sekolah untuk menguruskan sisa kebun, sisa dapur dan sisa makanan di sekolah mereka.

Sehingga kini, aktiviti ini telah dijalankan bila-bila sahaja – walaupun terhad kerana Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 pada 2020, dengan penutupan sekolah, kawalan terhadap mengadakan acara awam dan sekatan perjalanan oleh kerajaan.

CAP mengulangi gesaan supaya kerajaan negeri untuk terus ke arah mencapai matlamat sisa sifar. Dengan Pulau Pinang mencapai rekod kadar kitar semula paling tinggi iaitu 43% pada 2018 dan 61% pada 2019, negeri ini berpotensi besar untuk mencapai sasaran pengurangan dan pengalihan sisa yang lebih tinggi.

Sorotan utama dalam perjalanan Pulau Pinang sisa sifar:

  • 2010: Levi beg plastik bagi semua beg plastik yang diedarkan oleh pasar raya dan pusat membeli-belah. Bermula pada 1 Januari 2021, levi ini dinaikkan kepada RM1 (0.2 EUR) pada hari puncak membeli-belah, Khamis hingga Ahad, sementara itu tiada beg plastik dijual pada hari lain. Levi sebelum ini ialah RM0.2 (0.041 EUR).
  • 2014: Pengharaman bekas makanan polistirena/styrofoam digunakan untuk bawa pulang.
  • 2016: Dasar bagi pengasingan sisa di sumber diluluskan.
  • 2017: Pengasingan sisa di sumber dikuatkuasakan dan kadar kitar semula meningkat daripada 39.65% pada 2015 kepada 43.25% pada 2018 dan seterusnya kepada 61% pada 2019. Lebih-lebih lagi, penjanaan sisa per kapita berkurang daripada 1.6 kg pada 2016 kepada 1.2 kg pada 2017. Ini semua menunjukkan pemikiran positif ke arah kitar semula.
  • 2018: Pengasingan sisa makanan di restoran, hotel dan kantin kilang.
  • Oktober 2018: “Panduan Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030”, dilancarkan di peringkat persekutuan. Visi panduan ini mengambil pendekatan berfasa, berasaskan bukti dan holistik dengan melibatkan semua pemegang taruh dalam bersama-sama menangani pencemaran plastik sekali guna di Malaysia.
  • November 2020: Semua negeri di Malaysia menyuarakan sokongan untuk melaksanakan kempen “Tiada Beg Plastik” dalam usaha untuk meningkatkan “gaya hidup hijau” dalam kalangan rakyat Malaysia.

Petikan daripada laporan, “European waste trade impacts on Malaysia’s zero waste future”