KERINTANGAN ANTIMIKROB: Apa Yang Semua Orang Perlu Tahu

(Gambar melalui WHO)

Kerintangan antimikrob (AMR) menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan manusia di seluruh dunia. Dianggarkan terdapat 4.95 juta kematian manusia yang dikaitkan dengan AMR setiap tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan AMR antara 10 teratas ancaman bagi kesihatan global.

AMR berlaku apabila bakteria, virus, kulat dan parasit tidak bertindak balas terhadap ubat-ubatan, menyebabkan jangkitan menjadi sukar atau mustahil untuk dirawat dan meningkatkan risiko penyebaran penyakit, penyakit teruk dan kematian. Ia merupakan ancaman terbesar kepada perubatan moden. Tetapi jika kita bertindak sekarang, kita masih boleh memastikan ubat yang menyelamatkan nyawa kita berfungsi, kata WHO.

Berikut ialah 3 perkara penting yang boleh anda lakukan untuk mencegah penyebaran AMR (sumber: HealthyMePa):

> HABISKAN ubat. Ambil ubat antibiotik anda untuk sepanjang tempoh masa yang ditetapkan oleh doktor. Jangan berhenti hanya kerana gejala anda telah reda.

> JANGAN kumpul simpanan stok. Jangan simpan antibiotik untuk “berjaga-jaga” di kemudian hari, ambilnya hanya dalam tempoh masa yang disyorkan. Buang lebihan ubat dengan selamat.

> KETAHUI apa yang tidak boleh disembuhkan oleh antibiotik. Antibiotik akan membantu hanya dalam kes jangkitan bakteria. Ia tidak akan membantu untuk menyembuhkan virus, dan ia boleh mencederakan anda dengan menyebabkan tubuh anda membina imuniti antibiotik. Jangkitan virus termasuklah: jangkitan telinga, jangkitan sinus, batuk/bronkitis, selesema biasa dan sakit tekak.